SEMAKIN LAMA SEMAKIN HILANG PENGLIHATAN, RUPA-RUPANYA ADA KETUMBUHAN

SEMAKIN LAMA SEMAKIN HILANG PENGLIHATAN, RUPA-RUPANYA ADA KETUMBUHAN

Berdasarkan perangkaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), menunjukkan kira-kira 70 peratus penduduk negara berpendapatan rendah dan sederhana, terdedah pada risiko kanser dengan peningkatan 60 peratus dalam tempoh 20 tahun.


Statistik Kementerian Kesihatan (KKM) mendapati, satu daripada empat penduduk berisiko menghidap kanser pada usia 75 tahun, sekali gus menjadikan kanser punca kedua tertinggi kematian negara ini.


Adik Nazifa telah disahkan menghidap kanser otak seusia 12 tahun. Mulanya mengadu sakit mata, semakin lama semakin kabur penglihatannya. Adik Nazifa terus pergi ke Hospital Setiu, doktor memberitahu ada masalah mata.

Dua bulan kemudian, adik Nazifa ke Hospital Kuala Terengganu untuk menjalani Pengimejan Resonans Magnet (MRI) dan mendapati ada ketumbuhan sebesar bola ping pong di bahagian otaknya. Sudah menjalani 2 sesi pembedahan pada bulan Ogos lalu namun adik Nazifa tidak sedarkan diri di Unit Rawatan Rapi (ICU) selama dua bulan selepas pembedahan kedua selesai. Lebih memilukan, datang pula masalah pada jantung, buah pinggang serta paru-parunya.

Kini adik Nazifa perlu hadiri beberapa temujanji bersama pakar dan perlu jalani rawatan susulan untuk bahagian buah pinggang, kepala, jantung dan paru-paru.

Adik Nazifa memerlukan RM5,000 untuk membiayai kos yang diperlukan untuk menjalani rawatan termasuk kos pengangkutan berulang alik ke hospital dan kos keperluan harian seperti susu formula. Bagi keluarganya, kos itu sangat tinggi ditambah lagi dengan tanggungan 7 orang. 


Kami dari MyHeart bekerjasama dengan MyFundAction membuka Tabung Kanser buat pesakit-pesakit seperti adik Nazifa dan pesakit lain yang senasib dengannya bagi memenuhi kos yang diperlukan. Kami sangat mengalu-alukan kerjasama dan sokongan anda, semoga dengan perkongsian kita ini mereka dapat sembuh dan sihat seperti anak-anak kita.



Nama: Nazifa Safiah

Umur: 12 Tahun 


KEPERLUAN:


Kos RM5,000


1) Kos pengangkutan ke Hospital Setiu dan Hospital Kuala Terengganu

2) Kos keperluan harian seperti susu



Allah berfirman:


“Dan barangsiapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, maka seolah-olah dia telah memelihara kehidupan manusia semuanya.” (QS. Al Maidah: 32)


Harini kita lihat orang susah, semoga usaha murni kita dibalas lebih baik daripada tindakan kita lakukan harini. Tiada harta yang mampu beli 1 nyawa, ia sangat berharga.



BAGAIMANA UNTUK ANDA MEMBANTU?

1. Sila pilih pakej tabung di bawah

2. Pilih Pilihan Bank untuk meneruskan transaksi Online

3. Tekan Butang "Pembayaran"

4. Anda akan dibawa ke halaman Bank dan teruskan transaksi di laman tersebut

5. Setelah berjaya, anda akan dibawa ke ruangan Terima Kasih


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
TABUNG MYHEART RM 500
TABUNG MYHEART RM 200
TABUNG MYHEART RM 100
TABUNG MYHEART RM 50
TABUNG MYHEART SERENDAH RM 30
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG


Maklumat Organisasi

MyFundAction
info@myfundaction.org
+60162341090