PENYAKIT SEMAKIN MELARAT, HANYA MAMPU BERGERAK DENGAN TROLI

PENYAKIT SEMAKIN MELARAT, HANYA MAMPU BERGERAK DENGAN TROLI

Nenek Juriah berusia 66 tahun didiagnos menghidap penyakit angin ahmar (strok) setelah pada tahun 2017 yang lalu. Pada tahun 2014, nenek Jurian telah menghidap penyakit darah tinggi. Lututnya sakit dan tidak boleh berjalan, hanya mampu merangkak dan terpaksa bergantung pada orang lain. Ada kejadian di mana ketika itu nenek Juriah terjatuh semasa hendak memasuki kereta dan terduduk. Alhamdulillah sebulan selepas kejadian itu nenek Juriah masih lagi boleh merangkak.


Sejak didiagnos penyakit strok, nenek Juriah terpaksa mengesot dan bergerak menggunakan troli rata angkat barang. Segala pergerakan dan keperluan nenek Juriah dibantu oleh anak cucunya. Tangan dan kaki sebelah kanan sudah tidak mampu bergerak lagi, terpaksa makan dengan tangan kiri ataupun disuap.


Kini nenek Juriah perlu mengambil ubat sakit saraf dan ubat darah tinggi, juga perlu menghadiri temujanji 6 bulan sekali. Lebih memilukan, nenek Juriah terpaksa menggunakan troli rata angkat barang itu untuk ke mana-mana kerana tidak dapat menggunakan kerusi roda. Bukan kerana tidak mahu, namun saiz badannya tidak mengizinkan.


Nenek Juriah memerlukan anggaran kos RM1,500 untuk membeli tilam tebal yang lebih selesa beserta pelapik tilam dan troli yang lebih kukuh bagi memudahkan pergerakannya. Selain itu, mesin tekanan darah yang berharga lebih kurang RM200 untuk pemeriksaan.


Kami dari MyHeart bekerjasama dengan MyFundAction membuka tabung buat pesakit-pesakit seperti nenek Juriah dan pesakit lain yang memerlukan peralatan perubatan dan sebagainya. Kami sangat mengalu-alukan kerjasama dan sokongan anda, semoga dengan perkongsian kita ini dapat meringankan beban yang ditanggung.


Nama: Juriah binti Mat Abdul Rahman

Umur: 66 Tahun
Tempat Tinggal: Batu Gajah, Perak


KEPERLUAN:


Kos RM1,500


1) Tilam tebal beserta pelapik

2) Troli rata angkat barang

3) Mesin pemeriksaan tekanan darah



Allah berfirman:


“Dan barangsiapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, maka seolah-olah dia telah memelihara kehidupan manusia semuanya.” (QS. Al Maidah: 32)


Harini kita lihat orang susah, semoga usaha murni kita dibalas lebih baik daripada tindakan kita lakukan harini. Tiada harta yang mampu beli 1 nyawa, ia sangat berharga.



BAGAIMANA UNTUK ANDA MEMBANTU?

1. Sila pilih pakej tabung di bawah

2. Pilih Pilihan Bank untuk meneruskan transaksi Online

3. Tekan Butang "Pembayaran"

4. Anda akan dibawa ke halaman Bank dan teruskan transaksi di laman tersebut

5. Setelah berjaya, anda akan dibawa ke ruangan Terima Kasih


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
TABUNG MYHEART RM 500
TABUNG MYHEART RM 200
TABUNG MYHEART RM 100
TABUNG MYHEART RM 50
TABUNG MYHEART SERENDAH RM 30
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG


Maklumat Organisasi

MyFundAction
info@myfundaction.org
+60162341090