MASIH BAYI LAGI PERLU 'BERGANTUNG' UBAT UNTUK STABILKAN JANTUNG

MASIH BAYI LAGI PERLU 'BERGANTUNG' UBAT UNTUK STABILKAN JANTUNG

Kecacatan jantung yang wujud sejak lahir (kongenital) terjadi dalam 8 per 1000 kelahiran. Tanda dan gejala yang ditunjukkan oleh bayi-bayi ini berbeza antara satu sama lain mengikut kecacatan masing-masing.


Baby Aisyah telah disyaki mengalami masalah jantung yang tidak normal seawal 3 bulan. Dilahirkan normal namun ketika berusia 3 bulan, nafasnya laju dan ada lekuk di dadanya. Berat badannya juga menurun. Baby Aisyah dibawa ke Hospital Sabak Bernam untuk menjalani imbasan x-ray dan mendapati jantung bengkak sebelah. Oleh kerana tiada pakar disana, baby Aisyah telah dipindahkan ke Hospital Teluk Intan dan doktor sahkan mengalami jantung berlubang.

Bagi mengelak kepenatan, setiap 3 jam sekali baby Aisyah akan disusukan menggunakan tiub yang melalui hidungnya dan terpaksa mengambil 7 jenis ubat untuk stabilkan jantung. Baby Aisyah dirujuk ke Hospital Serdang untuk menjalani pembedahan namun perlu tunggu berat badan yang mencukupi sebelum menjalani pembedahan.


Kini baby Aisyah perlu menghadiri temujanji dengan doktor pakar 2 kali setiap bulan di Hospital Serdang manakala temujanji di Hospital Klang untuk mengambil ubat dan tukar tiub setiap 2 minggu sekali.

Baby Aisyah perlu berulang alik ke hospital dan memerlukan kos RM5,000 untuk keperluannya. Namun dalam keadaan sekarang, bapanya telah kehilangan kerja dan tiada pendapatan untuk membiayai semua ini. Bapanya sebelum ini bekerja sebagai buruh kasar.


Kami dari MyHeart bekerjasama dengan MyFundAction membuka Tabung Jantung buat pesakit-pesakit seperti baby Aisyah bagi memenuhi kos yang diperlukan termasuk rawatan dan keperluan harian. Kami sangat mengalu-alukan kerjasama dan sokongan anda, semoga dengan perkongsian kita ini mereka dapat sembuh dan sihat seperti anak-anak kita.



Nama: Aisyah Humairah binti Muhammad Adam

Umur: 6 Bulan
Tempat tinggal: Klang, Selangor


KEPERLUAN:


Kos RM5,000


1) Kos pengangkutan

2) Kos keperluan harian seperti susu dan pampers



Allah berfirman:


“Dan barangsiapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, maka seolah-olah dia telah memelihara kehidupan manusia semuanya.” (QS. Al Maidah: 32)


Harini kita lihat orang susah, semoga usaha murni kita dibalas lebih baik daripada tindakan kita lakukan harini. Tiada harta yang mampu beli 1 nyawa, ia sangat berharga.



BAGAIMANA UNTUK ANDA MEMBANTU?

1. Sila pilih pakej tabung di bawah

2. Pilih Pilihan Bank untuk meneruskan transaksi Online

3. Tekan Butang "Pembayaran"

4. Anda akan dibawa ke halaman Bank dan teruskan transaksi di laman tersebut

5. Setelah berjaya, anda akan dibawa ke ruangan Terima Kasih


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
TABUNG MYHEART RM 500
TABUNG MYHEART RM 200
TABUNG MYHEART RM 100
TABUNG MYHEART RM 50
TABUNG MYHEART SERENDAH RM 30
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG


Maklumat Organisasi

MyFundAction
info@myfundaction.org
+60162341090