JUMLAH TERKUMPUL

RM94,850

*jumlah terkumpul setakat 31/01/2023


RM83,000

*jumlah terkumpul setakat 10/01/2023


RM77,000

*jumlah terkumpul setakat 03/01/2023


[ Tak Boleh Hidup Tanpa Mesin Bantuan Pernafasan ]

Tanpa alat bantuan pernafasan walaupun hanya lima minit, sudah membuatkan seluruh tubuh mereka lemah malah boleh menyebabkan mereka kehilangan nyawa!

Itulah kehidupan dua beradik ini yang menghidap penyakit genetik Nemaline Myopathy atau dengan bahasa mudahnya ialah lemah otot pernafasan.

Takdir tidak mengizinkan untuk 2 beradik itu menikmati kehidupan seperti rakan sebaya disebabkan penyakit lemah otot pernafasan yang mereka alami.



Sehingga menyebabkan mereka terpaksa bergantung kepada mesin bantuan pernafasan sepanjang masa.

Ibunya, Emmy Noor Osman, 32, berkata Anna dan Aleesha mendapat penyakit ini sejak dari lahir lagi.

"Pada awalnya, doktor kesan yang Aleesha ni susah nak bernafas, badan dia lemah dan dia tak menangis. Memang sejak lahir, dia bergantung pada bantuan pernafasan 24 jam," luah ibunya. 



Sama seperti kakaknya, Anna Althafunnisa Syasya yang berada di rumah dan memerlukan pemantauan 24 jam.

"Saya terpaksa ambil cuti hampir 3 bulan sebab nak menjaga Anna. Nak cakap pasal duit, memang tak cukup lah kan sebab kalau dah cuti tu, memang tak bergaji lah," cerita Shaipuddin, ayah dua beradik ini. 



Kami difahamkan, doktor ada mencadangkan untuk melakukan rawatan kimoterapi di hospital.

"Doktor kata, mereka berdua ni memang kena bergantung sepenuhnya dengan bantuan pernafasan dan juga kekuatan anak-anak untuk melawan," sebak ibunya. 


Jom warga jiwa baik!

Sebelum ini, kos yang dua beradik ini perlukan adalah sebanyak RM76,800. Namun, selepas kami berbincang dengan doktor yang merawat mereka, beliau mengatakan ada pertambahan kos. 



Kos rawatan, bekalan susu, bantuan mesin pernafasan sebanyak RM95,800 adalah apa yang dua beradik ni perlukan sekarang. Hebat ujian untuk keluarga ni. Bukan diuji dengan seorang anak yang sakit tetapi dua sekali.

Kalau perkara yang sama terjadi pada kita, belum tentu lagi kita mampu untuk redha dengan ketentuanNya. Dan adakah kita mampu hadapi ujian dan cabaran seberat itu?

Jom warga jiwa baik! Kita bantu kurangkan beban yang Aleesha dan Anna tanggung boleh?


* Kiraan jumlah keperluan untuk dua beradik

*Perkembangan Terkini (10/01/2023): Jumlah keperluan untuk dua beradik ini telah bertambah menjadi RM110,600.

Semoga dengan perkongsian yang anda beri dapat mengukir kembali senyuman terhadap dua beradik ini.



Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Mesin Oksigen (RM4,800+-) RM50/bahagian
Mesin Susu (RM5,200+-) RM80/bahagian
Kerusi Roda (RM7,700+-) RM100/bahagian
Susu khas (RM29,000+-) RM250/tin
Mesin Pernafasan (RM36,500+-) RM500/bahagian
Keperluan Lain (RM12,600+-) RM30/bahagian
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


Maklumat Organisasi

MyFundAction
info@myfundaction.org
+60162341090