JUMLAH TERKUMPUL RM13,500 *jumlah terkumpul setakat 15/02/2023 BAKI DIPERLUKAN RM66,500 |

3 tahun mengesot kerana tulang kaki patah!
Muhammad Aydeen Zafar, 3, disahkan OKU selepas doktor mendapati tulang kakinya tak tumbuh normal.
Aydeen dilahirkan normal tapi sewaktu dia 6 bulan, kaki dia tersepit di handbrake kereta.
“Kaki dia makin membengkak teruk sejak tersepit. Terus kami siap-siap ke bahagian emergency Hospital Sungai Petani,” cerita ibu Aydeen.
Doktor pasang simen pada kaki Aydeen dengan harapan tulang kaki dia akan bercantum.

“Lebih kurang 2 minggu selepas tu, doktor kata tulang kaki dia masih tak bercantum dan kaki dia bukan macam orang normal,” sayu ibu Aydeen meluah.
Rupanya, asbab daripada kejadian tu, mereka sekeluarga dapat tahu yang Aydeen mengalami satu penyakit yang rare yang mengakibatkan sebelah kakinya tidak normal.
Aydeen mengalami Congenital Pseudoarthrosis Left Tibia (CPLT), yang bermaksud tulang di bahagian kaki kirinya tidak tumbuh selari dengan kaki kanan.

“Doktor ada bagitahu, kita boleh rawat dia dengan penggunaan implant. Tapi kosnya memang tinggi lah jangan cakap. Bila dengar RM80,000, kami laki bini terduduk dan termenung,” sebak ibu Aydeen.
Pergerakan Aydeen sekarang sangat terhad.
Dia hanya boleh mengesot atau pun dia akan berjengket menggunakan sebelah kaki.
Jom jiwa baik!

Kita kurangkan beban yang Aydeen ni tanggung boleh? Aydeen perlu dibedah segera untuk dia berjalan normal!
Dapat tengok dia berjalan tanpa mengesot pun sudah cukup bersyukur.
Kos Pembedahan (RM65,000+-) RM250/bahagian
Kos Rawatan (RM7,300+-) RM100/bahagiaan
Ubat-ubatan (RM7,700+-) RM50/bahagian
Semoga dengan perkongsian yang anda beri dapat mengukir kembali senyuman terhadap anak kecil ini.