
Lukman akan lumpuh 1 badan kalau tangguh lagi pembedahan!
Lukman sudah berusia 14 tahun tapi fizikal tubuhnya tak ubah macam kanak-kanak 5 tahun.
Ini kisah adik Lukman yang menghidap penyakit rare, Ataxia Telangiectasia.
Mengikut kajian, penyakit ini hanya terjadi kepada 1 dalam 40,000 orang dalam dunia!
Ataxia Telangiectasia ni penyakit genetik yang menyebabkan Lukman tak boleh berjalan dengan stabil, lambat perkembangan mental dan fizikal.

Sedihnya, penyakit rare ini menyebabkan sistem imun Lukman rosak yang menyebabkan dia diserang kanser tulang di bahagian atas lutut.
Kak Siti, ibu Lukman hampir gila sebab tak boleh terima kenyataan anaknya ditimpa pelbahai penyakit kronik.
Zamri, suami Kak Siti hanya kerja kampung dan perlu menampung 10 orang dalam rumah.
Jadi, untuk menanggung kos pembedahan saraf otak & tulang Lukman terpaksa ditangguh.
"Doktor dah pesan, kalau kami tangguh lagi pembedahan kali ni, Lukman akan lumpuh sepenuhnya," menung Kak Siti.
Jom jiwa baik!
Lukman perlukan sokongan anda.
KOS KEPERLUAN LUKMAN: RM18,300
Kos Pembedahan (RM10,000+) RM200/bahagian
Susu Khas (RM4,000+-) RM100/tin
Lampin (RM4,300+-) RM50/beg
*Kami mencadangkan untuk anda mengambil 1 x Kos Pembedahan RM200/bahagian bagi mengelakkan Lukman lumpuh!
Disclaimer:
MyHeart dan MyFundAction menceritakan kisah Muhammad Luqman Hakim untuk menjayakan Tabung Kanser untuk pesakit sepertinya. Hasil sokongan akan diberikan mengikut keperluan Muhammad Luqman Hakim dan lebihan akan diberikan kepada pesakit lain yang memerlukan. Anda boleh mengikuti perkembangan pesakit di Facebook @MyHeartVolunteers