“Kenapa kaki adik tak sama macam kaki orang lain ye ibu ayah?”
Itulah ungkapan yang setiap hari Adra ungkapkan.
Adra menghidap penyakit Spinal Muscular Atrophy Type 2 (SMA) terpaksa bergelut dengan gangguan saraf neuromuskular sejak berumur 7 bulan lagi.
Penyakit SMA yang Adra hidap ni menjejaskan perkembangan sel otot di tangan, kaki dan otot tulang rusuk mengecut secara berterusan.
“Ketika lahir, Adra seperti bayi normal lain. Tapi, sejak umur dia 11 bulan, Adra tak boleh bangun."
"Jadi kami bawa dia berjumpa doktor dan doktor sahkan Adra menghidap SMA,” Nik, ibu Adra bercerita.
Doktor pesan, Adra perlu terus mengikuti rawatan terapi untuk mengelakkan gangguan otot dan motor,” sambung ibunya.
Anuar Rasis, ayah Adra berkata, urusan seharian Adra jadi susah sebab perlu berulang ke hospital bagi menerima rawatan.
“Saya cakap pada isteri, salah seorang daripada kita mesti kena berkorban untuk berhenti kerja demi menjaga Adra sepenuh masa.
Akhirnya, mereka putuskan Anuar yang berhenti kerja sebab Adra perlukan perhatian dan penjagaan rapi.
Sebab tu, dia banyak kali terkena pneumonia atau jangkitan paru-paru!
Doktor cadangkan Adra guna bantuan cough assist machine bagi memudahkannya bernafas dengan lancar.
Tapi kosnya sampai RM42,000!
Jom warga jiwa baik!
Kita kurangkan beban yang keluarga ni tanggung boleh?
Sekurang-sekurangnya, Adra dapat bernafas dengan mudah dan tak ada episod terkena pneumonia lagi.
TABUNG MYHEART RM500
TABUNG MYHEART RM200
TABUNG MYHEART RM100
TABUNG MYHEART RM50
TABUNG MYHEART RM30
Disclaimer:
MyHeart dan MyFundAction menceritakan kisah Putri Adra untuk menjayakan Tabung Genetik untuk pesakit sepertinya. Hasil sokongan akan diberikan mengikut keperluan Putri Adra dan lebihan akan diberikan kepada pesakit lain yang memerlukan. Anda boleh mengikuti perkembangan pesakit di Facebook @MyHeartVolunteers