Alhamdulillah Adik Arifbillah dah selamat TETAPI...
Tak dapat kami gambarkan betapa gembiranya hati kami bila dapat tengok depan mata kami sendiri, Adik Arif dah selamat!
7 April 2023, jantung Adik Arif dah selamat dibedah dan sekarang dia sedang dipantau rapi selama 2 minggu.
Sejujurnya, Adik Arif takkan selamat tanpa kemurahan hati anda.
Anda adalah salah satu sebab Adik Arif masih hidup!
Keadaan Arif stabil sebaik keluar dari bilik operasi
Syukur syukur...
Tapi, anda tahu tak sebenarnya masih ramai lagi bayi yang senasib dengan Arif?
Masih banyak lagi permohonan yang kami terima untuk bantu tanggung kos pembedahan jantung berlubang salah satunya adik Ariq Mikhael.
Adik Ariq Mikhail, 1 tahun derita penyakit Patent Ductus Arteriosus (PDA) perlukan sokongan untuk membiayai kos rawatan RM26,700.
PDA dalam bahasa mudahnya adalah penyambung salur darah Adik Ariq bocor.
Darah beroksigen tak dapat mengalir sepenuhnya ke seluruh tubuh sebab ada saluran yang bocor.

Kita ada misi baru jiwa baik. Nyawa Adik Ariq sekarang dalam bahaya!
Harap-harap, ada lah rezeki Adik Ariq macam Adik Arif untuk turut dibantu menjalani pembedahan jantung berlubang.
Jom kita cuba usaha beri peluang hidup kedua buat Adik Ariq nak?
KOS KEPERLUAN ADIK ARIQ : RM26,700
Lampin (RM1,000+) RM50/beg
Kos Rawatan (RM1,700+-) RM100/bahagian
Susu Khas (RM24,000+-) RM200/tin (PERLU SEGERA)
Disclaimer:
MyHeart dan MyFundAction menceritakan kisah Adik Ariq Mikhail untuk menjayakan Tabung Jantung untuk pesakit sepertinya. Hasil sokongan akan diberikan mengikut keperluan Adik Ariq Mikhaildan lebihan akan diberikan kepada pesakit lain yang memerlukan. Anda boleh mengikuti perkembangan pesakit di Facebook @MyHeartVolunteers