KRITIKAL!
Nyawa Bayi 2 Bulan Hanya Bergantung Dengan Mesin,
Perlu Dibedah Segera!

Doktor sahkan salur darah dalam jantung tidak normal menyebabkan Haura kekurangan oksigen dan berisiko untuk mati. 





Menangis Tanpa Suara Antara Petanda Awal Disedari Bapa

Baby Haura lahir secara normal, sihat seperti bayi lain tanpa sebarang komplikasi. Puji dan syukur dipanjatkan pada Ilahi melihat cahaya mata mereka yang ketiga dapat dilahirkan dengan sempurna.

Gambar baby Haura sewaktu sihat 

Sehinggalah pada hari ke-7, mereka mula menyedari ada sesuatu yang tidak kena. Suara tangisan si kecil Haura kedengaran lain dan jelas kelihatan dadanya melekuk ke dalam seakan sukar untuk bernafas. Apabila diberikan susu, dia menolak dan lebih merunsingkan lagi melihat bibirnya bertukar kebiru-biruan!

Menyedari keadaan itu, Encik Mustakim, si bapa bingkas mengejarkan si kecil Haura ke hospital. 

                        

Baby Haura Terpaksa Duduk Dalam Inkubator dan Bergantung Dengan Mesin Sepenuhnya

                     
Sampai sahaja di hospital, doktor mendapati kandungan oksigen Haura sangat rendah yang memerlukan dia bergantung kepada mesin.

Allahuakbar, pilunya hati melihat si kecil terpaksa ditinggalkan di dalam inkubator hanya bertemankan mesin oksigen. Ibu ayah rindu sangat tidur dengan Haura di rumah sambil ditemani kakak dan abang. 



Seminggu berlalu, rindu ibu ayah kemudiannya dibalas dengan keputusan doktor yang maha berat. Haura disahkan menghidap masalah jantung, Total Anomalous Pulmonary Venous Drainage (TAPVD).

Allahuakbar! Salur darah di jantungnya didapati abnormal sehingga menyebabkan oksigen bercampur lalu memaksa jantung untuk bekerja keras menghantar oksigen ke seluruh badan.


Gambar sewaktu Haura dipindahkan dari Sabah ke Hospital di Kuala Lumpur



Baby Haura Perlukan Rawatan Segera Untuk Terus Hidup!

Keadaan jantung Haura menyebabkan dia perlu bergantung sepenuhnya kepada mesin atau kandungan oksigennya akan menurun. Kasihannya Haura!

Oleh itu, doktor menggesa supaya pembedahan dijalankan segera sebelum kondisinya menjadi semakin tenat atau lebih teruk, boleh menyebabkan kematian!

 Namun, kos yang diperlukan untuk pembedahan sangat tinggi sehingga mencecah RM100,000. Berikut merupakan laporan dari pihak hospital.



Selain kos pembedahan, berikut merupakan antara keperluan yang diperlukan baby Haura:


KOS KEPERLUAN HAURA RM45,000

Kos Pembedahan (RM40,000)
RM250/bahagian
RM100/bahagian

Susu Khas (RM3,600)
RM150/tin x 4 tin x 6 bulan

Lampin dan keperluan lain (RM1,400)
RM50/bahagian

*Bantuan berterusan selama 6 bulan


Cepatlah Pulang Nak, Ibu Ayah Rindukan Haura

Hampir 70 hari Haura ditahan di Hospital. Tak tergambar perasaan rindu ibu dan ayah pada Haura.

Tak sanggup rasanya melihat Haura bernafas menggunakan oksigen dan menyusu melalui tiub. Pulanglah ke rumah dan sihat seperti sedia kala.

Mari #JiwaBaik kita realisasikan impian mereka!



Disclaimer:

1)  Hasil sokongan akan diberikan mengikut keperluan pesakit  dan lebihan akan diberikan kepada pesakit lain yang memerlukan. Anda boleh mengikuti perkembangan pesakit di  Facebook @MyHeartVolunteers. 

2) MyHeart dan MyFundAction mempunyai kelulusan untuk Pengurangan Cukai LHDN. Setiap transaksi yang dilakukan oleh individu & sektor korporat adalah layak untuk memohon pengurangan cukai.

3) Jumlah kos keperluan adalah termasuk kos operasi dan penghantaran barangan kepada pesakit.


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Kos Pembedahan RM250/bahagian
Kos Pembedahan RM100/bahagian
Susu Khas RM150/tin
Pampers & Keperluan Lain RM50/bahagian
Seikhlas Hati
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


Maklumat Organisasi

MyFundAction
info@myfundaction.org
+60162341090