BAHAYA! 
Bila-bila masa je jantung Khadeeja boleh terhenti!

Gembira bertukar sedih. Itulah yang dirasakan Norhasmira apabila anaknya yang baru lahir Khadeeja Rizqiana disahkan menghidap jantung berlubang.

Khadeeja dilahirkan sempurna. Namun lepas 2 hari, doktor perasan pernafasan Khadeeja lebih laju daripada bayi lain.

Rupa-rupanya Khadeeja mempunyai satu lubang besar dan satu lubang kecil pada jantungnya.

Dia juga mempunyai saluran jantung yang sempit dan jika tidak dibedah cepat, akan ada risiko organnya gagal berfungsi dan kemudian mengancam nyawanya! 




Khadeeja kini dipantau di wad NICU dan bergantung sepenuhnya kepada mesin pernafasan kerana tidak mampu untuk bernafas sendiri.

Sepanjang Khadeeja ditahan di NICU, Puan Norhasmira terpaksa berpantang tanpa anaknya di sisi. Walaupun begitu, dia tetap gagahkan diri untuk pergi melawat anaknya di hospital.

Baginya, selagi tidak melihat anak di depan mata, selagi itu lah rasa risau membelenggu dirinya.



Kos sebanyak RM100,000 diperlukan untuk pembedahan Adik Khadeeja. Tetapi MyHeart hanya membiayai separuh daripada kos tersebut iaitu RM55,700 termasuklah keperluannya yang lain.

Bagi keluarga kecil ini, mereka sanggup bergolok-bergadai 'harta' demi nyawa anak.

"Doktor buat lah apa pun, janji anak saya sihat" - luah Puan Norhasmira





Jom Jiwa Baik, kita kurangkan beban keluarga Adik Khadeeja, boleh?

Tuan/ Puan boleh sama-sama santuni Adik Khadeeja dan pesakit-pesakit kami yang lain sepertinya menerusi pakej di bawah:

KOS KEPERLUAN ADIK KHADEEJA : RM55,700

 Kos Pembedahan (RM50,000+)
RM200/bahagian
Kos Rawatan (RM1920+-)
RM120/bahagian
Susu Formula Novalac (RM1980+-)
RM55/tin (3 tin x RM55 x 12 bulan)
Lampin (RM1,800+-)
RM30/bahagian (4 pek x RM30 x 12 bulan)




Disclaimer:

1)  Hasil sokongan akan diberikan mengikut keperluan pesakit  dan lebihan akan diberikan kepada pesakit lain yang memerlukan. Anda boleh mengikuti perkembangan pesakit di  Facebook @MyHeartVolunteers. 

2) MyHeart dan MyFundAction mempunyai kelulusan untuk Pengurangan Cukai LHDN. Setiap transaksi yang dilakukan oleh individu & sektor korporat adalah layak untuk memohon pengurangan cukai.

3) Jumlah kos keperluan adalah termasuk kos operasi dan penghantaran barangan kepada pesakit.


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Kos Pembedahan (RM50,000+) RM200/bahagian
Kos Rawatan (Rm1920+-) - RM120/Bahagian
Susu Formula Novalac (RM1980+-) RM55/tin
Lampin (RM1,800+-) RM30/bahagian
Pakej Kasih Sayang (Any Amount)
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


Maklumat Organisasi

MyFundAction
info@myfundaction.org
+60162341090