BAYI KERAP MUNTAH AWAL PAGI, DOKTOR SAHKAN JANTUNG BERLUBANG

Di awal kelahirannya, normal seperti bayi yang lain. tetapi ibu bapanya mula merasai ada yang tak kena dengan anaknya kerana tidak mencapai berat badan yang sepatutnya meskipun usianya mencecah 4 bulan setengah.
Aafiyah bukan hanya disahkan menghidap penyakit jantung berlubang, Venticular Septal Defect (VSD) tetapi juga menderita Patent Ductus Arteriosus (PDA).

Meskipun keadaan Aafiyah semakin pulih, simptom muntah di awal pagi masih ada padanya. Sehingga kini, adik Aafiyah masih bergantung dengan oksigen.
Siapa sangka, bayi yang baru saja nak melihat dunia, diuji dengan ujian seberat ini..

Menurut doktor, Aafiyah memerlukan pembedahan segera. Sekiranya pembedahan tak dibuat SEGERA, risiko yang pelu ditanggung, seperti jangkitan kuman di paru-paru, tumbesarannya akan terbantut dan yang lebih teruk boleh mengakibatkan kematian.

Kos keseluruhan pembedahan mencecah RM80,000, tapi MyFundAction akan bantu sebahagian daripada kos tersebut.
Selain kos pembedahan, adik Aafiyah turut memerlukan bantuan dari sudut keperluan lain seperti lampin dan susu. Tunjukkan sokongan anda dengan memilih pakej di bawah.
KOS KEPERLUAN AAFIYAH:
Kos Pembedahan (RM40, 000)
RM250/bahagian
RM100/bahagian
Susu Infatrini (RM2,700)
RM90/tin
Lampin dan keperluan lain (RM2,300)
RM50/bahagian
Tabung MyHeart (RM30)
Disclaimer:
1) Hasil sokongan akan diberikan mengikut keperluan pesakit dan lebihan akan diberikan kepada pesakit lain yang memerlukan. Anda boleh mengikuti perkembangan pesakit di Facebook @MyHeartVolunteers.
2) MyHeart dan MyFundAction mempunyai kelulusan untuk Pengurangan Cukai LHDN. Setiap transaksi yang dilakukan oleh individu & sektor korporat adalah layak untuk memohon pengurangan cukai.
3) Jumlah kos keperluan adalah termasuk kos operasi dan penghantaran barangan kepada pesakit.