MAUT menghampiri saya!

Tak ada siapa nak sakit.
Semua orang nak sihat.
Sama macam Sajaratul yang nak sihat tapi ada sakit jantung dari kecil.
Degupan jantung dia tak sekata tapi tak ada rawatan yang diberikan waktu tu.
Sajaratul terpaksa 'mengabaikan' sakit yang ditanggung kerana keluarganya ada masalah ekonomi.
Nak makan pun kadang ada, kadang tak ada.
Inikan pula nak tanggung kos rawatan hospital yang beribu-ribu tu.

Disebabkan penyakit tu dah ‘terbela’ lama dalam badan Sajaratul, badan dia dah tak dapat nak tanggung lagi bebanan sakit tu.
PENAT! Menurut Sajaratul, awal Mac tahun ni dia selalu sangat rasa penat walaupun tak buat aktivit berat.
Tercungap-cungap macam orang hilang oksigen Sajaratul kata.
Bila dibawa ke hospital, rupanya dia bukan hanya ada sakit jantung.
Injap jantung dia pun dijangkiti kuman!
“Doktor gesa saya buat pembedahan cepat-cepat sebab dah lama sangat badan saya tanggung sakit jantung ni, sebak Sajaratul.

Doktor kata, Sajaratul sangat memerlukan ubat cair darah yang memakan belanja sehingga RM3,600!
Itu belum lagi masuk kos rawatan hospital RM1,500 dan kos transport ke hospital RM1,680.
“Doktor kata, kalau saya tak makan ubat darah beku tu, salur darah akan sumbat dan ada kemungkinan akan koma!”
PANGGILAN KECEMASAN!

Ramai pesakit jantung yang ANDA dah berjaya selamatkan.
Kali ni, kita cuba bantu kurangkan derita yang Sajaratul tanggung boleh?
Dah lama sangat tu badan dia terseksa.
KOS KEPERLUAN SAJARATUL: RM7,000
Ubat Cair Darah (RM3,600+-) RM100/unit
Kos Rawatan (RM1,500+-) RM50/bahagian
Kos Transport (RM1,680+-) RM30/sehala
*Kami menyarankan anda untuk memilih 2 x Ubat Cair Darah RM100/unit supaya Sajaratul tak koma!
Disclaimer:
MyHeart dan MyFundAction menceritakan kisah Sajaratul untuk menjayakan Tabung Jantung untuk pesakit sepertinya. Hasil sokongan akan diberikan mengikut keperluan Sajaratul dan lebihan akan diberikan kepada pesakit lain yang memerlukan. Anda boleh mengikuti perkembangan pesakit di Facebook @MyHeartVolunteers