KOS KEPERLUAN ALLEYA: RM60,700 Kos Rawatan (RM30,000+-) RM300/bahagian Susu Khas (RM28,000+-) RM200/bahagian Mesin Oksigen (RM2,700+) RM100/bahagian *Kami menyarankan anda untuk memilih 2 x Mesin Oksigen RM100/bahagian untuk mengelakkan kesihatan Alleya bertambah buruk! |

3 kali jalani pembedahan, sel kanser makin merebak!
Dunia bagaikan gelap.
Bumi seakan tak berputar.
Idaruzi Samsudin dan isteri tak pernah terfikir ini perjalanan berliku yang mereka terpaksa lalui.
Penyakit yang boleh membawa MAUT meragut kegembiraan keluarga ini apabila Alleya, 16 tahun menanggung KANSER OTAK sejak dari umur 4 tahun.
Tiada ibu bapa yang sanggup melihat anak yang dibelai dengan penuh kasih sayang, menderita.

Idaruzi cuba mengimbau peristiwa hitam sewaktu Alleya mula-mula disahkan ada kanser otak.
"Dia kerap demam, muntah hijau dan diserang sawan. Kami bawa dia ke hospital dan doktor suruh buat CT scan. Dari situ doktor sahkan Alleya hidap kanser otak," ceritanya.
Tak berdaya Idaruzi menghabiskan ayat, air mata mengalir tanpa disedari membasahi pipi.
Suasana terasa sunyi.
Air mata kami juga mula bergenang.

Idaruzi cerita lagi, untuk menampung kos rawatan Alleya, mereka berniaga kecil-kecilan di depan rumah.
"Sebelum ni Alleya kuat bertahan berniaga tapi sekarang hanya lemah terlantar," sebak Idaruzi.
Katanya, perniagannya tak dapat diteruskan sebab perlu menguruskan Alleya dan 5 lagi orang anaknya bersama isteri kurang upaya (cacat kaki).
Doktor maklumkan, kanser otak Alleya sekarang dah di TAHAP 4.
Dengan kos rawatan RM60,700 nyawa Alleya sekarang jadi taruhan!

Jom jiwa baik!
Jangan biarkan Ramadan ini Ramadan terakhir buat Alleya.
Kita masih boleh selamatkan dia!
KOS KEPERLUAN ALLEYA: RM60,700
Kos Rawatan (RM30,000+-) RM300/bahagian
Susu Khas (RM28,000+-) RM200/bahagian
Mesin Oksigen (RM2,700+) RM100/bahagian
*Kami menyarankan anda untuk memilih 2 x Mesin Oksigen RM100/bahagian untuk mengelakkan kesihatan Alleya bertambah buruk!
Disclaimer:
MyHeart dan MyFundAction menceritakan kisah Alleya Rumaiesyah untuk menjayakan Tabung Kanser untuk pesakit sepertinya. Hasil sokongan akan diberikan mengikut keperluan Alleya Rumaiesyah dan lebihan akan diberikan kepada pesakit lain yang memerlukan. Anda boleh mengikuti perkembangan pesakit di Facebook @MyHeartVolunteers