
"Mak, Andy akan mati ke kalau tak ada buah pinggang?"
Usianya baru saja menginjak setahun.
Namun, derita yang terpaksa ditanggung tidak terperi apabila disahkan menghidap kanser buah pinggang!
Andy Azhad, 5 tahun, yang pada awalnya dikira menghidap penyakit Talasemia, tak sangka hidupnya akan berubah 360 darjah.
"Awalnya, saya ingat dia kembung saja tapi agak pelik sebab bahagian kanan badannya macam keras," luah Aniza, ibu Andy.

Saiz ketumbuhan sel kanser pada buah pinggang sebelah kanan Andy semakin membesar dan sedang merebak ke buah pinggang kiri.
Disebabkan itu, Andy perlu jalani pembedahan buang kanser secepat mungkin!
Bayangkanlah pada usia semuda itu, Andy terpaksa menjalani rawatan kimoterapi 20 kali.

Baru nak tarik nafas lega, kini Andy diuji pula dengan tonsil kronik tahap 4!
Disebabkan tonsil tu, Andy kerap sangat demam sampai hilang selera makan.
Pernah satu malam tu, nafasnya terhenti sebab tonsil dah halang saluran pernafasan Andy!
Doktor kata tonsil Andy dah bernanah serta hidungnya juga ada ketumbuhan, yang menyebabkan saluran penafasan tersumbat.

Ujian apa lagi yang Andy harus lalui ni? Beratnya!
Aniza yang merupakan ibu tunggal hanya berjualan kecil-kecilan untuk menampung kos rawatan Andy.
Tapi, kos sebanyak RM26,800 masih tidak cukup untuk selamatkan nyawa anaknya!
“Selagi ada hayat ini saya akan kuat untuk berjuang bersamanya,” jelas Aniza.
Jom jiwa baik!
Jangan biarkan Ramadan ini Ramadan terakhir buat Andy.
Kita masih boleh selamatkan dia!
KOS KEPERLUAN ANDY:
Kos Pembedahan (RM9,000+) RM300/bahagian
Kos Rawatan (RM8,000+-) RM250/bahagian
Susu Khas (RM9,800+-) RM200/bahagian
*Disclaimer : Kami menyarankan anda untuk memilih 2 x RM300/bahagian untuk mengelakkan tonsil membahayakan nyawa Andy!
Disclaimer:
MyHeart dan MyFundAction menceritakan kisah Andy Azhad untuk menjayakan Tabung Kanser untuk pesakit sepertinya. Hasil sokongan akan diberikan mengikut keperluan Andy Azhad dan lebihan akan diberikan kepada pesakit lain yang memerlukan. Anda boleh mengikuti perkembangan pesakit di Facebook @MyHeartVolunteers