LEUKEMIA PEMBUNUH MASA DEPAN ARINESH
"Doktor beritahu sel darah putih sudah mencecah 200," sebak ibu Arinesh.
Hati si ibu mula risau. Demam adik Arinesh masih lagi belum kebah. Paling merisaukan, dia alami pendarahan pada mulut dan telinga juga ketika membuang air besar.
Setiap kali ke klinik kesihatan, doktor cuma beri dos ubat seperti biasa. Kesihatannya malah menjadi lebih parah.
Adik Arinesh alami alahan sehingga muntah dan demam yang teruk. Doktor memutuskan untuk mengambil ujian darah dan mendapati sel darah putihnya sudah mencecah 200. Malangnya, sel darah merah hanya tinggal satu.
Nyawa Arinesh dalam bahaya
Atas nasihat pakar di hospital, pembedahan sumsum tulang perlu dilakukan segera untuk selamatkan nyawa adik Arinesh. Dia telah kehilangan banyak darah akibat daripada pembedahan tersebut dan doktor masukkan semula darah dalam badannya.
Setelah pesakit stabil, dia perlu jalani kemoterapi sebanyak 6 cycle agar sel kansernya tidak terus merebak. Namun, kesihatannya masih belum pulih 100 peratus.
Keadaan terkini, adik Arinesh kerap demam dan terdapat lebam-lebam baru pada badannya kesan sel darah yang masih tidak stabil. Doktor mengesyaki sel kanser aktif semula dan perlu membuat prosedur pemindahan sumsum tulang.
Menurut ibunya, kos keseluruhan prosedur tersebut mencecah RM10,000 termasuk bil hospital, ubat-ubatan serta pengangkutan. Jika berlaku komplikasi, mereka perlu mengeluarkan wang tambahan untuk menampung kos itu.
Berat mata memandang, berat bahu yang memikul. Besar harapan keluarga ini melihat anak mereka kembali sembuh seperti sediakala.
Jom Jiwa Baik, kita bantu selamatkan nyawa adik Arinesh, boleh?
Disclaimer:
1) Hasil sokongan akan diberikan mengikut keperluan pesakit dan lebihan akan diberikan kepada pesakit lain yang memerlukan. Anda boleh mengikuti perkembangan pesakit di Facebook @MyHeartVolunteers.
2) MyFundAction mempunyai kelulusan untuk Pengurangan Cukai LHDN. Setiap transaksi yang dilakukan oleh individu & sektor korporat adalah layak untuk memohon pengurangan cukai.
3) Jumlah kos keperluan adalah termasuk kos operasi dan penghantaran barangan kepada pesakit.