Disangka demam dan muntah biasa, rupanya KANSER OTAK!
Ibu mana yang tidak mahu anaknya membesar dengan sihat. Begitu juga bagi Puan Norhaslina dan suami, apabila menerima kelahiran Hafeeza.
Tetapi, takdir tuhan menentukan segalanya apabila pada awal Mei 2022, kerap demam dan muntah-muntah.
Di sekolah pun, Hafeeza selalu tidur dan tidak aktif seperti kanak-kanak sebayanya. Dia jadi cepat penat.

Siapa sangka, itu rupanya simptom awal untuk kanser otak.
Bayangkan perasaan ibu Hafeeza ketika itu; risau, takut, sedih, semua bercampur baur. Anaknya baru 6 tahun tetapi diuji sedemikian rupa.
Hafeeza kemudiannya dibawa ke HKL dan doktor memberitahu, saluran dikepalanya tersumbat dan perlu dibedah untuk dimasukkan 'shunt', mengelakkan air bertakung dalam kepala.

Alhamdulillah pembedahan berjalan lancar dan sekarang ini, apa yang perlu diutamakan mereka adalah keperluan dan rawatan Hafeeza.
Tetapi, yang menjadi masalah adalah kos keperluan dan rawatan tersebut iaitu RM12,500.
Bagi Puan Norhaslina yang hanya seorang suri rumah dan suaminya, seorang pemandu van, itu bukan satu nilai yang kecil.()

Ayuh Jiwa Baik semua, takkan kita nak biarkan gadis cilik ini bertarung nyawa melawan kanser seorang diri!
Jom sama-sama kita beri sokongan kepada Adik Hafeeza supaya dia lebih bersemangat untuk terus hidup.
KOS KEPERLUAN ADIK HAFEEZA : RM12,500
Tilam Angin (RM600) RM200/Bahagian
Susu Formula Pediasure (RM8,640+-) RM120/Tin
Lampin (RM1,440+-) RM40/bahagian
Kos Rawatan (RM1820+-) RM70/bahagian