["Saya Masih Ada Peluang Untuk Hidup Ke?"]
Begitu ungkapan sayu Haniza Omar, 41 yang menghidap barah otak tahap 3 lebih kurang tahun lepas.
Pada asalnya, Haniza mengandaikan dirinya menghidap migrain tahap kritikal. Namun disebabkan tuntutan kerja, beliau tidak berkesempatan untuk membuat pemeriksaan di hospital.
Apabila sakit itu menyerang, Haniza akan menelan ubat tahan sakit. Kebergantungan terhadap ubat semata-mata akhirnya memakan diri sendiri.

Pada suatu hari yang tidak terduga, wanita itu pengsan di bawah terik mentari. Sebaik diagnosis dilakukan, doktor mengatakan hanya migrain biasa.
Selepas 3 tahun, Haniza mula mengalami sawan tarik sampai berbuih-buih mulut dan kena tahan wad. Selepas membuat MRI di hospital, baru lah doktor mengesahkan Haniza menghidap kanser otak tahap 3.
“Saya terkejut, saya fikirkan hanya migrain kerana terlalu memikirkan soal kerja, namun sebenarnya saya ada kanser otak. Saya masih ada peluang untuk hidup ke?"

Saya hanya nak sembuh semula...
Atas faktor kesihatannya, Haniza berhenti kerja dan hanya berniaga secara kecil-kecilan di rumah seperti membuat pelbagai jenis kek.
Doktor menyarankan Haniza untuk buat kimoterapi tapi dia menolak kerana dia tak berani tanggung risiko seperti hilang ingatan, lumpuh.
"Saya ada 4 orang anak yang masih bersekolah. Kalau saya terlantar sakit dan tak kerja, tak makan lah diorang nanti. Kalau nak harapkan suami saya sepenuhnya, dia hanya bekerja di kedai sewa kereta."

Keadaan kesihatan suami Haniza tak berapa baik kerana dia tidak membuat pembedahan seperti yang doktor sarankan. Mereka tolak saranan doktor kerana tak mampu untuk tampung kos pembedahan.
Sudahlah 2 daripada anaknya diuji dengan barah payudara dan sakit jantung, keadaan suami yang OKU, diri sendiri pula ada barah otak.
Kos pembedahan dan rawatan pula memakan belanja sehingga RM24,500! Sungguh berat ujian buat keluarga ni...
Jom warga jiwa baik!
Kita bantu kurangkan beban yang keluarga ni tanggung boleh?

Semoga dengan perkongsian yang anda beri dapat mengukir kembali senyuman terhadap keluarga ini.