SAHAM AKHIRAT YANG TAK PERNAH RUGI
TAJA ASNAF DAN MUALAF BELAJAR MENGAJI
“Apabila manusia meninggal dunia terputuslah pahala amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah yang berterusan, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang berdoa kepadanya.”
(HR Muslim)
Alhamdulillah sejak Disember 2018, MyFundAction telah menubuhkan kelas mengaji secara
PERCUMA
buat golongan asnaf dan mualaf di Sabah.
“Saya memang nak mengaji ustazah, tapi saya tak mampu bayar yuran kelas. Bila ada kelas free ni saya memang betul-betul mahu mengaji sampai pandai” - Siti
“Kami mahu betul mengaji ni Ustazah. Rugi rasanya kalau tidak tahu mengaji umur-umur begini. Kubur sudah panggil-panggil. Malu kalau mati tapi tak pandai mengaji” - Mak cik Laila
“Saya mau pandai mengaji, bila saya pandai nanti. Saya boleh ajar mak saya, bapak saya, keluarga saya” – Nurain
“Saya mualaf sejak 2011 lagi, sudah 10 tahun. Tapi satu huruf pun saya tidak tahu ni Ustazah”
Allahu Akbar. Perasaan kami bercampur baur.
KESUKARAN DIHADAPI TIDAK MEMATAHKAN SEMANGAT MEREKA
Bermula dengan 10 orang, kini semakin ramai yang belajar mengaji. Namun mereka terpaksa belajar dalam keadaan serba kekurangan.
Terpaksa berhimpit di dalam kelas kerana ruang yang kecil, ada yang berkongsi meja malah ada juga yang terpaksa berkongsi buku modul.
Sedih, hati kami sayu. Kami betul-betul ingin bantu mereka belajar mengaji dengan selesa dan mendalami Islam dengan lebih sempurna.
WIRA YANG TIDAK DIDENDANG
Untuk makluman, anak-anak asnaf dan mualaf diajar oleh sekumpulan tenaga pengajar yang datang dari pelbagai daerah di Sabah.
Ada tenaga pengajar yang terpaksa berjalan kaki sejauh 3km,
Ada tenaga pengajar yang terpaksa menaiki bot selama 30 minit untuk ke surau kampung sebelah,
Ada tenaga pengajar yang terpaksa meniti jambatan usang yang kadang kala berisiko membahayakan nyawa mereka.
Pengorbanan serta kesanggupan mereka untuk mengajar tidak terbalas jasanya. Hakikatnya kita semua mengetahui cabaran yang dihadapi untuk belajar dan mengajar sejak wabak Covid-19 melanda.
BERI SOKONGAN DARI JAUH, TAJA PELAJAR SERENDAH RM25
Oleh itu kami membuka peluang kepada sesiapa yang berminat mendapat pahala mengalir untuknya, mari sama-sama bantu. In shaa Allah bagi mereka yang ada lebihan rezeki dan ingin menabung saham akhirat, inilah peluangnya!
KEPERLUAN:
1) Sewa Premis
2) Modul Pembelajaran (RM50 untuk seorang)
3) Fasiliti Kelas
4) Utiliti Kelas
5) Elaun Tenaga Pengajar
BAYANGKAN SEKIRANYA HARI INI ANDA BERKONGSI REZEKI DAN SUATU HARI NANTI MEREKA LANCAR MENGAJI
Gambar diambil sebelum Perintah Kawalan Pergerakan
Mudah-mudahan dengan keprihatinan anda semua, hasrat mereka untuk celik al-Quran terlaksana di samping mengurangkan kadar buta alquran di Sabah. Semoga ini menjadi amal jariah yang berpanjangan di alam sana. Aamiin