3 penyakit kronik melumpuhkan ekonomi keluarga

Jantung berlubang kronik
Kanser usus tahap 3
Diabetes
Bilamana ketua keluarga 'lumpuh' mencari rezeki untuk anak dan isteri kerana sakit, tak ada siapa yang tahu rasa sesaknya dada.
Anak-anak terpaksa ikat perut sebab duit yang ada terpaksa didahulukan untuk bayar kos rawatan ayah mereka.
Tak mengapa jika berlapar asalkan insan tersayang masih hidup di sisi.

Encik Murugesa, 55, yang dahulunya sihat sekarang hanya terlantar di katil.
Lemah,
Kerap muntah,
Tak boleh berdiri,
Tak ada selera makan.
Apa yang lebih memilukan, sebahagian usus Encik Murugesa yang terjejas disebabkan sel kanser terpaksa dibuang.
Disebabkan itu, dia terpaksa bergantung dengan penggunaan beg khas (stoma bag) setiap hari untuk membuang air.

Jadi, dia memerlukan rawatan dressing setiap hari untuk cuci luka pembedahan dan kawasan beg stoma.
Kalau tak dicuci dengan baik, boleh terkena jangkitan kuman dan boleh merisikokan nyawanya!
"Tuhan memang sangat adil. Jika ada sihat, maka ada sakit, dan tentu ada kesembuhan," luah Encik Murugesa.
Dan segala masalah ada jalan keluarnya, dan itu hanya akan terjadi jika anda sokong keperluan Encik Murugesa.
KOS KEPERLUAN MURUGESA: RM32,400
Kos Rawatan (RM1,300+-) RM50/bahagian
Dressing (RM18,000+-) RM100/bahagian
Kos Ambulans (RM9,600+-) RM200/bahagian
Katil & Tilam Hospital (RM3,500+-) RM300/bahagian
Semoga dengan perkongsian anda, dapat membangkitkan semangat Encik Murugesa untuk bekerja dan menyara keluarganya.
Disclaimer:
MyHeart dan MyFundAction menceritakan kisah Murugesa A/L Subramaniam untuk menjayakan Tabung Klinik Bergerak untuk pesakit sepertinya. Hasil sokongan akan diberikan mengikut keperluan Murugesa A/L Subramaniam dan lebihan akan diberikan kepada pesakit lain yang memerlukan. Anda boleh mengikuti perkembangan pesakit di Facebook @MyHeartVolunteers.