Sekelip mata lumpuh seumur hidup!

Genap 10 tahun Kak Siti membanting tulang jaga anak syurga, Fatin Amira.
Melihat di depan mata anak syurga yang menghidap cerebral palsy cukup memilukan hati kami.
Tak dapat kami menahan sebak lihat fizikal Amira yang sangat berbeza sekarang.
Yang dulu aktif ke sini sana, kini terlantar di katil saja.
Yang dulu petah berkata, kini lidah terkunci seribu bahasa.

Amira dulu sihat tapi berlaku satu peristiwa hitam yang mengubah 360 darjah kehidupannya!
Menderita Cerebral Palsy akibat 'tangan' orang lain
Kak Siti cerita, Amira terjatuh dan kepalanya terhentak di lantai angkara 'gurauan' rakannya di sekolah.
Akibatnya, doktor kata ada darah beku dalam kepala dan Amira perlu segera dibedah!
Tapi 3 bulan selepas dibedah, darah beku dalam kepala dia makin membesar dan doktor sahkan Amira tiada peluang untuk kembali hidup normal seperti budak yang lain.

"Sebagai ibu, saya rindu sangat nak dengar Amira panggil 'mak' lagi. Tapi saya tahu, itu MUSTAHIL," katanya.
Kak Siti cerita, banyak keperluan Amira yang diperlukan untuk urus setiap hari.
Tapi, dengan hanya bekerja di kedai makan sudah tentu dia tak mampu menyediakan semua tu.
Kami kagum sebenarnya dengan kesabaran dan ketabahan Kak Siti menjaga Amira dalam kekangan kewangan.
Jom jiwa baik!
Kita hadiahkan keperluan anak syurga ni nak?
Walau nampak kecil perkongsian anda di dunia ni, tapi ganjarannya besar di akhirat kelak.
KOS KEPERLUAN AMIRA :
Kerusi Roda Khas (RM1,500+-) RM300/bahagian
Kos Rawatan (RM2,600) RM200/bahagian
Susu Khas (RM5,400+-) RM100/tin
Lampin (RM1,200+-) RM50/beg
Semoga dengan perkongsian yang anda beri dapat mengukir kembali senyuman Kak Siti dan keluarga.
Disclaimer:
MyHeart dan MyFundAction menceritakan kisah Fatin Amira untuk menjayakan Tabung Kanser untuk pesakit sepertinya. Hasil sokongan akan diberikan mengikut keperluan Fatin Amira dan lebihan akan diberikan kepada pesakit lain yang memerlukan. Anda boleh mengikuti perkembangan pesakit di Facebook @MyHeartVolunteers