Orang hina sebab anak derita penyakit kepala besar 



"Penyakit ini boleh menyebabkan Hazim akan cacat saraf secara kekal dan ada risiko kematian"

Terngiang-ngiang ayat ni dalam kepala Ainshah, 38 tahun sewaktu anaknya, Hazim disahkan menghidap Hydrocephalus atau lebihan cecair dalam kepala.

Ainshah cerita, kepala Hazim dah berhenti membesar berbanding waktu mula-mula dulu, kepala dia sebesar kipas stand 16 inci!



Hazim mula dikesan ada lebihan air dalam kepala ketika kandungan Ainshah 5 bulan dan doktor cadang untuk 'gugurkan' kandungan.

Tapi, hati ibu mana yang sanggup nak 'bunuh' anak sendiri?

Ainshah nak teruskan kandungan dan selepas melahirkan, Hazim terpaksa dimasukkan ke wad ICU.

Hazim ditahan di wad ICU selama 7 bulan sampaikan suami Ainshah terpaksa duduk di kaki lima hospital sebab nak balik rumah nanti ada kos tambahan pula.



Ainshah cerita, kepala hazim pernah bocor!

Ainshah nak mandikan Hazim tapi terkena kukunya di kepala Hazim dan terus Hazim dikejarkan ke hospital.

Hazim sekarang memang terlantar saja dan tak boleh nak angkat kepala sendiri sebab terlalu berat.

Memandangkan Hazim sekarang dah besar, Ainshah dan suami dah tak berapa larat nak kendong dia.



Disebabkan tu, Hazim sangat memerlukan kerusi roda untuk mudahkan urusan Ainshah dan suami bawa dia ke mana-mana.

Jom jiwa baik!

Kita beri 'peluang hidup kedua' untuk Hazim nak?

Kita memang tak boleh nak sembuhkan Hazim tapi sekurang-kurangnya banyak pahala yang kita dapat kalau kita kongsi rezeki dengan anak syurga ni. 

SENARAI KEPERLUAN HAZIM : RM7,000

Kos Rawatan (RM1,800+-) RM150/bahagian
Kerusi Roda Khas (RM1,500+-) RM100/bahagian
Susu khas (RM1,200+-) RM50/tin
Lampin (RM2,500) RM30/beg

Disclaimer:

MyHeart dan MyFundAction  menceritakan kisah Muhammad Hazim untuk menjayakan Tabung Alatan Perubatan untuk pesakit sepertinya. Hasil sokongan akan diberikan mengikut keperluan Muhammad Hazim dan lebihan akan diberikan kepada pesakit lain yang memerlukan. Anda boleh mengikuti perkembangan pesakit di  Facebook @MyHeartVolunteers


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Kos Rawatan (1,800+-) RM150/bahagian
Kerusi Roda Khas (RM1,500+-) RM100/bahagian
Susu khas (RM1,200+-) RM50/tin
Lampin (RM2,500) RM30/beg
Pakej Kasih Sayang (Any Amount)
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


Maklumat Organisasi

MyFundAction
info@myfundaction.org
+60162341090