"Lumpuh bukan pilihan Hannan..."


Besar sangat ujian Hannan, berumur 5 tahun ini. Sejak dilahirkan, jantungnya disahkan berlubang dan dia mengalami kesukaran untuk bernafas. 


Hannan terpaksa bergantung harap dengan bantuan pernafasan selama 2 minggu dan alhamdulillah selepas itu keadaannya makin baik.


Tapi, tidak lama. Apabila usianya menjangkau hampir 2 tahun, Hannan menunjukkan simptom Down Syndrome. Rupanya, dia mempunyai 'Rett Syndrome'; kelainan genetik yang mempengaruhi perkembangan otak yang terjadi tiap 1 dalam 10,000 kelahiran bayi perempuan.



Dahsyat...Dalam ramai kanak-kanak, Hannan yang ditakdirkan mendapat penyakit itu.


Disebabkan penyakit ini, Hannan tidak lagi boleh berjalan semasa umurnya 2 tahun. 


Hannan mampu duduk saja melihat abang-abangnya berlari, bermain. 




Kalau nak bergerak sekali pun,dia terpaksa berpaut pada sesuatu bahkan nak makan sendiri pun tak mampu. Hilang upaya untuk bergerak adalah salah satu simptom apabila seseorang disahkan "Rett Syndrome".


Hannan juga kerap sawan dan selepas pemeriksaan doktor pakar, otak sebelah kirinya semakin mengecut dan perkembangan badannya juga tidak berjalan dengan baik. 


Sekarang, Hannan tidak boleh untuk makan makanan pejal kerana saluran pemakanannya sempit dan makanan utamanya hanyalah susu.


Satu demi satu ujian menimpa anak syurga ini!




Jadi, kami di MyHeart berhasrat ingin ringankan beban keluarga Hannan dari segi keperluan perubatan. Tapi, kos yang diperlukan Hannan mencecah sehingga RM25,300.


Bagi ayah Hannan yang bekerja sendiri dengan pendapatan kecil, jumlah tersebut sangat besar. Dan, atas Hannan, ada 3 lagi adik-beradiknya yang masih bersekolah.


Jom jiwa baik semua, kita kembalikan senyuman ceria di wajah si comel, Hannan, boleh?


KOS KEPERLUAN HANNAN: RM25,300

Tongkat Kaki Khas RM300
Katil, tilam & kerusi hospital (RM4,000+-) RM160/bahagian
Susu Khas (RM17,280+) RM120/tin
Keperluan rawatan lain (RM2,280+-) RM60/bahagian
Lampin (RM1,440+-) RM40/bahagian

Alhamdulillah, kos untuk tongkat kaki Hannan berjaya dikumpulkan. Namun, masih banyak lagi yang berbaki.

Kita doakan semoga dengan ikhtiar ini, Hannan dapat sembuh seperti kanak-kanak lain.


Disclaimer:

1) Hasil sokongan yang diperoleh akan diberikan mengikut keperluan adik Jannatul Hannan selama setahun dan lebihan akan diberikan kepada pesakit lain yang memerlukan. Anda boleh mengikuti perkembangan pesakit di Facebook @MyHeartVolunteers. 

2) MyHeart dan MyFundAction mempunyai kelulusan untuk Pengurangan Cukai LHDN. Setiap transaksi yang dilakukan oleh individu & sektor korporat adalah layak untuk memohon pengurangan cukai.



Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Katil, tilam & kerusi hospital (RM4,000+-) RM160/bahagian
Susu Khas (RM17,280+) RM120/tin
Keperluan rawatan lain (RM2,280+-) RM60/bahagian
Lampin (RM1,440+-) RM40/bahagian
Pakej Kasih Sayang (Any Amount)
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


Maklumat Organisasi

MyFundAction
info@myfundaction.org
+60162341090