
Setiap kali dia sawan, badan dia macam terkena renjatan elektrik!
Untuk pengetahuan anda, jika anak kita terkena serangan sawan lebih dari 2 minit, itu pun sudah bahaya!
Inikan pula 5 minit?
Apa sebenarnya kisah dengan adik Qaseh ni?
Sewaktu kami ziarah adik Qaseh hari tu, ibunya Nor Bayni cerita.

Adik Qaseh ni dikandung dan dilahirkan dengan normal.
Tapi pada usia 1 bulan, dia tiba-tiba diserang sawan!
Sudah jatuh ditimpa tangga, penyakit lain pula muncul entah dari mana.
Qaseh dikatakan mengalami:
- Cerebral Palsy (Lumpuh otak)
- Paru-paru kronik
- Mild Laryngomalacia (masalah pernafasan)
"Saya ibu yang kejam ke kalau merelakan dia pergi?"
Qaseh ni sebenarnya berusia 10 tahun tapi dia perlu diuruskan seperti bayi.
Suami Bayni nak tanggung semua kos RM30,800 memang tinggi.
Dia hanya kerja potong rumput saja dan Bayni pula suri rumah.
Mereka memang tak boleh berenggang dari Qaseh sebab anak syurga itu perlukan perhatian mereka 24 jam.

"Qaseh ni ibarat pokok. Kalau disiram hiduplah dia. Kalau dibiarkan matilah dia," luah Bayni.
Dah 10 tahun Qaseh menderita seperti ini.
Jom jiwa baik!
KOS KEPERLUAN QASEH : RM30,800
Mesin Oksigen Mudah Alih (RM6,000+) RM250/bahagian
Alatan perubatan (RM8,200+-) RM200/bahagian
Susu Khas (RM15,000+-) RM100/tin
Lampin Khas (RM1,600+-) RM50/beg
Disclaimer:
MyHeart dan MyFundAction menceritakan kisah Nur Qaseh Raudhah untuk menjayakan Tabung Alatan Perubatan untuk pesakit sepertinya. Hasil sokongan akan diberikan mengikut keperluan Nur Qaseh Raudhah dan lebihan akan diberikan kepada pesakit lain yang memerlukan. Anda boleh mengikuti perkembangan pesakit di Facebook @MyHeartVolunteers.