100 orang diperlukan untuk mencukupkan kos ubat Rayyan!

Tak sampai hati kami melihat keadaan tubuh kecil Rayyan yang 'diselimuti' dengan wayar-wayar hospital tatkala umur baru mencecah 2 bulan kerana menghidap penyakit paru-paru kronik.
Ibunya, Ramizah Ghazi, 36, berkata Rayyan merupakan anak tunggal selepas penantiannya selama 6 tahun.
"Waktu Rayyan dilahirkan, fizikal dia tak sama macam budak lain. Kaki dia pendek sebelah." cerita Ramizah.

Tambahnya, Rayyan juga dilahirkan tidak mempunyai satu tulang di tulang belakang.
Doktor ada maklumkan kepada kami, Rayyan ada masalah buang air besar yang tidak terkawal sehingga punggungnya terkena jangkitan kuman menyebabkan dia kini perlu dipantau rapi untuk rawatan lanjut.
Bayi sekecil ni terpaksa bertarung nyawa hadap pelbagai penyakit?!

“6 tahun kami menunggu cahaya mata. Tapi, Allah titipkan Rayyan kepada kami dalam keadaan dia sangat istimewa," cerita Ramizah.
Ramizah kata, suaminya hanya buat kerja kampung saja. Pendapatannya juga tak menentu.
Paling-paling pun boleh dapat dalam RM400 sebulan.
"Saya pula tak boleh bekerja sebab perlu jaga Rayyan 24 jam di hospital," katanya yang juga suri rumah.

Satu-satunya ubat yang boleh selamatkan nyawa Rayyan ialah 3 kali suntikan dos Palivizumab yang berharga RM11,700.
100 ORANG DIPERLUKAN UNTUK SELAMATKAN NYAWA RAYYAN!
Jika setiap daripada kita salurkan RM117, cukup 100 orang, kita dapat selamatkan Rayyan.
Jom jiwa baik! Jadi sebahagian daripada 100 orang yang bantu menyembuhkan Rayyan untuk dia terus hidup.
KOS UBAT RAYYAN : RM11,700
Palivizumab 100 mg/mL (RM11,700+-) RM117/bahagian
Disclaimer:
MyHeart dan MyFundAction menceritakan kisah Muhammad Rayyan untuk menjayakan Tabung Alatan Perubatan untuk pesakit sepertinya. Hasil sokongan akan diberikan mengikut keperluan Muhammad Rayyan dan lebihan akan diberikan kepada pesakit lain yang memerlukan. Anda boleh mengikuti perkembangan pesakit di Facebook @MyHeartVolunteers