Ubat Suntikan Paru-paru Rayyan belum cukup!



Tak sampai hati kami melihat keadaan tubuh kecil Rayyan yang 'diselimuti' dengan wayar-wayar hospital tatkala umur baru mencecah 2 bulan kerana menghidap penyakit paru-paru kronik. 

Ibunya, Ramizah Ghazi, 36, berkata Rayyan merupakan anak tunggal selepas penantiannya selama 6 tahun.

"Waktu Rayyan dilahirkan, fizikal dia tak sama macam budak lain. Kaki dia pendek sebelah." cerita Ramizah.



Tambahnya, Rayyan juga dilahirkan tidak mempunyai satu tulang di tulang belakang.

Doktor ada maklumkan kepada kami, Rayyan ada masalah buang air besar yang tidak terkawal sehingga punggungnya terkena jangkitan kuman menyebabkan dia kini perlu dipantau rapi untuk rawatan lanjut.

Bayi sekecil ni terpaksa bertarung nyawa hadap pelbagai penyakit?!




“6 tahun kami menunggu cahaya mata. Tapi, Allah titipkan Rayyan kepada kami dalam keadaan dia sangat istimewa," cerita Ramizah.

Ramizah kata, suaminya hanya buat kerja kampung saja. Pendapatannya juga tak menentu.

Paling-paling pun boleh dapat dalam RM400 sebulan.

"Saya pula tak boleh bekerja sebab perlu jaga Rayyan 24 jam di hospital," katanya yang juga suri rumah.



Satu-satunya ubat yang boleh selamatkan nyawa Rayyan ialah suntikan 3 dos Palivizumab yang berharga RM11,700.

Alhamdulillah, suntikan dos pertama telah mencukupi. Namun, dua dos suntikan masih lagi diperlukan untuk Rayyan terus hidup.


KOS UBAT RAYYAN : 
Suntikan 3 Dos Palivizumab (RM11,700+-)

 ̶M̶e̶i̶ ̶:̶ ̶R̶M̶1̶3̶0̶ ̶x̶ ̶3̶0̶ ̶b̶a̶h̶a̶g̶i̶a̶n̶ ̶(̶U̶R̶G̶E̶N̶T̶!̶)̶
Jun : RM140 x 10 bahagian (Baki RM1,400 diperlukan)
Julai : RM78 x 50 bahagian


Semoga dengan perkongsian rezeki anda, mampu memberikan keajaiban kepada Rayyan untuk sihat.

Disclaimer:

MyHeart dan MyFundAction menceritakan kisah Muhammad Rayyan untuk menjayakan Tabung Alatan Perubatan untuk pesakit sepertinya. Hasil sokongan akan diberikan mengikut keperluan Muhammad Rayyan dan lebihan akan diberikan kepada pesakit lain yang memerlukan. Anda boleh mengikuti perkembangan pesakit di  Facebook @MyHeartVolunteers


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
̶M̶e̶i̶ ̶:̶ ̶R̶M̶1̶3̶0̶ ̶x̶ ̶3̶0̶ ̶b̶a̶h̶a̶g̶i̶a̶n̶ ̶(̶U̶R̶G̶E̶N̶T̶!̶)̶
Jun : RM140 x 10 bahagian (Baki RM1,400 diperlukan)
Julai : RM78 x 50 bahagian
Pakej Kasih Sayang (Any Amount)
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


Maklumat Organisasi

MyFundAction
info@myfundaction.org
+60162341090