“Nyawa terancam tanpa mesin TPN!”
Haura tak pernah melihat dunia luar sejak lahir termasuk rumah sendiri dan hanya suasana hospital menjadi peneman saban hari bersama ibu yang setia di sisi.
Itu dialami Nur Haura Mikayla, 11 bulan selepas melalui beberapa episod asyik muntah berwarna hijau selepas dilahirkan.
Doktor beritahu, Haura terpaksa ditahan di pakar wad kanak-kanak selama 6 hari untuk mengenalpasti masalah dihadapi Haura.
Sejak itu, Haura menghabiskan seluruh masanya di hospital bagi menjalani rawatan penuh selain memastikan persekitaran bersih tersedia untuknya.
“Disebabkan Haura perlukan penjagaan sepenuh masa, saya putuskan untuk berhenti kerja dan fokus terhadapnya di hospital,” cerita Najua.
Sewaktu di wad kanak-kanak, doktor mengenalpasti bahawa usus Haura ada masalah. Jadi, mereka terus mengambil langkah membuat pembedahan memasang beg stoma pada usianya 11 hari.
Doktor juga mengambil inisiatif memasang ryles tube di hidung bertujuan untuk memberi susu sehingga usia Haura 5 bulan.
Haura juga perlukan mesin TPN untuk mendapatkan nutrien sebab dia tak boleh minum susu badan ibunya kerana doktor kata, kandungan lemak dalam susu badan menyebabkan Haura akan lebih sakit!
“Sekarang yang bekerja cuma suami saya. Pagi petang siang malam dia bekerja nak tampung kos rawatan Haura tapi kos RM30,000 tu besar sangat,” Najua bercakap dengan nada perlahan.
Najua ceritakan kepada kami, mesin TPN dan mesin susu sangat penting untuk Haura kerana tanpanya, doktor kata Haura tidak boleh bertahan lebih dari 3 hari!
“Saya dah tak ada air mata nak menangis,” cerita Najua.

Jom warga jiwa baik!
Badan kecil Haura dah cukup menderita. Tak sampai hati tengok dia selalu menangis menahan sakit.
Kita tak mampu nak sembuhkan Haura sekelip mata tapi kita boleh kurangkan penderitaan yang dia tanggung.
>> Mesin TPN (RM4,500+-) RM300/bahagian
>> Mesin & Syringe Susu (RM8,850+-) RM150/bahagian
>> Susu Khas (RM2,900+-) RM100/tin
>> Rawatan Hospital (RM11,750+-) RM50/bahagian
>> Lampin (RM2,000+-) RM40/beg
Disclaimer: Kami mencadangkan untuk anda pilih 2 x Mesin TPN RM300/bahagian bagi mengelakkan risiko kematian yang tinggi!
Disclaimer:
MyHeart dan MyFundAction menceritakan kisah Haura Mikayla untuk menjayakan Tabung Alatan Perubatan untuk pesakit sepertinya. Hasil sokongan akan diberikan mengikut keperluan Haura Mikayla dan lebihan akan diberikan kepada pesakit lain yang memerlukan. Anda boleh mengikuti perkembangan pesakit di Facebook @MyHeartVolunteers