USIA 4 TAHUN, FIZIKAL MASIH SEPERTI BAYI

Seawal usia kandungan 20 minggu lagi, doktor dapati ada cecair dalam kepala adik Aurora. Terdapat juga bengkak pada otak bahagian kiri. Kalau pun anak ini lahir nanti, dia akan membesar tidak normal. Pilihan berada di tangan Puan Alerey samada untuk samada mahu teruskan kandungan atau tidak.
Mana-mana ibu pun tak kuat untuk terima ujian sebegini. Namun naluri si ibu menerimanya dengan redha dan mahu menjaga amanah Tuhan ini sebaiknya walau apa jua keadaan.
Setelah Aurora selamat dilahirkan, dia disahkan menghidap penyakit genetik Cerebral Palsy spastik yang menyebabkan otot-otot badan jadi kaku dan lemah. Selain itu, dia disahkan menghidap penyakit Brain Epilepsy dan Microcephaly, di mana saiz kepalanya jauh lebih kecil akibat gangguan perkembangan otak. Sistem sarafnya juga tidak dapat berfungsi baik.
Sejak awal kelahiran, Aurora kerap ditahan di wad untuk rawatan kerana sering demam sehingga terjadi sawan. Hal ini telah menjejaskan otot-ototnya sehingga boleh membawa maut.
Walaupun usia adik Aurora sudah 4 tahun, tetapi fizikalnya masih seperti bayi.

Adik Aurora perlukan rutin penjagaan khusus dan dilakukan sepenuhnya oleh Puan Alerey. Badan langsung tidak boleh bergerak, malah ibunya harus menyokongnya ketika duduk. Dia hanya makan makanan berbentuk cecair melalui tiub ke hidung kerana tidak dapat makan dan menelan secara normal.

"Saya harap sangat dia pandai jaga diri sendiri tanpa bantuan sesiapa, supaya tidak susahkan orang lain,"
luah Puan Alerey, ibu Aurora.
Doktor beritahu adik Aurora masih ada harapan untuk berjalan. Saat ini, dia sedang menjalani fisioterapi untuk menguatkan otot dan kemahiran bergerak yang lain. Besar harapan ibu Aurora untuk melihat anaknya dapat menjalani rutin harian sama seperti anak yang lain.
Namun, keluarga kecil ini sedang dihimpit kesusahan kerana kos keperluan adik Aurora semakin tinggi. Sokongan kita bukan sahaja meringankan sedikit beban, tetapi juga memberi kekuatan untuk mereka sekeluarga menghadapi ujian.
Namun, keluarga kecil ini sedang dihimpit kesusahan kerana kos keperluan adik Aurora semakin tinggi. Sokongan kita bukan sahaja meringankan sedikit beban, tetapi juga memberi kekuatan untuk mereka sekeluarga menghadapi ujian.
Jom Jiwa Baik, kita kongsi rezeki buat adik Aurora sekeluarga agar mereka dapat tersenyum kembali!
KOS KEPERLUAN AURORA NIANA: RM13,000
Kerusi Roda Khas (RM1,600+-)
RM200/bahagian
Susu Formula Khas (RM5,040+-)
RM140/tin
Kerusi Khas Fisioterapi (RM1,900+-)
RM100/bahagian
Mesin Sedut Kahak
(RM2,250+-)
RM75/bahagian
Lampin dan Keperluan Lain (RM2,210+-)
RM34/bahagian
Disclaimer:
1) Hasil sokongan akan diberikan mengikut keperluan pesakit dan lebihan akan diberikan kepada pesakit lain yang memerlukan. Anda boleh mengikuti perkembangan pesakit di Facebook @MyHeartVolunteers.
2) MyFundAction mempunyai kelulusan untuk Pengurangan Cukai LHDN. Setiap transaksi yang dilakukan oleh individu & sektor korporat adalah layak untuk memohon pengurangan cukai.
3) Jumlah kos keperluan adalah termasuk kos operasi dan penghantaran barangan kepada pesakit.