Penghidap down syndrome derita lahir tanpa lubang dubur 




Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Itulah ungkapan yang sesuai menggambarkan penderitaan adik Gary. Sejak lahir, dia memiliki down syndrome dan lubang dubur tidak dapat berfungsi normal. 

Doktor segera lakukan pembedahan stoma terhadap bayi kecil ini supaya najis dapat keluar pada bahagian perut. 
Namun, satu demi satu komplikasi muncul setelah dia selamat dibedah.

Adik Gary seringkali ditahan di wad kerana sakit bahagian perut dan kegagalan usus, malah pernah alami usus bocor sehingga menyebabkan jangkitan kuman. 

Setiap hari, adik Gary menggunakan 3 keping beg stoma untuk membuang najis. Kadang-kadang, keluarganya terpaksa menggunakan lampin pakai buang sebagai alternatif jika beg stoma tidak cukup sehingga menyebabkan ruam di kawasan tersebut.



November 2023, 
berat badan adik Gary susut teruk dan ada jangkitan di bahagian usus. Doktor terpaksa tangguh pembedahan untuk tutup lubang stoma. Ibunya, Puan Sandra cuba beri susu formula khas serta makanan tambahan untuk tingkatkan selera makan.

Tapi disebabkan kekangan kewangan, ibunya Puan Sandra terpaksa memilih susu yang lebih murah dan kurang sesuai untuk naikkan berat badan adik Gary.

Pendapatan sebagai petani hanyalah cukup makan untuk menanggung keperluan keluarga yang semakin bertambah di samping tiga orang anak yang masih bersekolah. 

Pernah mereka terpaksa berhutang demi membeli barang-barang keperluan Gary. 



#JiwaBaik semua, keluarga ini buntu mengharap sinar untuk ringankan sedikit beban. Mereka memasang impian agar suatu hari nanti anak syurga ini dapat membesar normal. 

Jom kongsi rezeki dan selamatkan adik Gary dengan memilih pakej di bawah untuk bantuan selama 6 bulan. 


KOS KEPERLUAN GARY: RM33,000

Susu Formula Khas (RM4,650)
RM150/tin 
Beg stoma (RM13,000)
RM100/bahagian
Keperluan rawatan (RM14,000)
RM80/Bahagian
Lampin (RM1,000+-)
RM40/pek
Stroller 
RM350/unit


Disclaimer:

1)  Hasil sokongan akan diberikan mengikut keperluan pesakit  dan lebihan akan diberikan kepada pesakit lain yang memerlukan. Anda boleh mengikuti perkembangan pesakit di  Facebook @MyHeartVolunteers. 

2) MyHeart dan MyFundAction mempunyai kelulusan untuk Pengurangan Cukai LHDN. Setiap transaksi yang dilakukan oleh individu & sektor korporat adalah layak untuk memohon pengurangan cukai.

3) Jumlah kos keperluan adalah termasuk kos operasi dan penghantaran barangan kepada pesakit.


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Susu Formula Khas - RM150/Tin
Beg Stoma - RM100/bahagian
Keperluan Rawatan - RM80/bahagian
Lampin - RM40/paket
Stroller Khas RM350/unit
Pakej Kasih Sayang (Any Amount)
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


Maklumat Organisasi

MyFundAction
info@myfundaction.org
+60162341090