17 tahun bertahan dengan penyakit kejam!



Hanya dengan satu tragedi, takdir hidup Shahidam atau mesra dipanggil Adam berubah sekelip mata.

“Waktu tu kenduri, saudara Adam tengah dukung malangnya terlepas daripada pegangan. Saya bawa dia ke hospital dan waktu tu saya rasa dunia saya gelap seketika…” - Puan Shahida, ibu Shahidam


Setelah pemeriksaan menyeluruh oleh doktor, Adam sah menghidap penyakit Spinal Muscular Atrophy type 2. Satu penyakit genetik di mana otot tangan, kaki mengecut secara berterusan sehingga membataskan kehidupan sehariannya.


 
Kerusi roda jadi ‘kaki’ Adam

Antara simptom penyakit SMA ini mereka miliki scoliosis iaitu tulang belakang yang melengkung. Dia bergantung kepada kerusi roda untuk bergerak. Pernah Adam terpaksa merangkak sampai lebam lutut kaki untuk pergi ke tandas sendiri.

Selain itu, otot pernafasan Adam terganggu dan juga semakin lemah. Dari kecil dia bergantung kepada mesin pernafasan BiPAP kerana paru-paru dan dinding dada tak dapat berfungsi sempurna. 

Setiap kali tidur, Adam akan pakai mesin untuk kurangkan masalah pernafasan yang sering berlaku dalam kalangan pesakit SMA. Risiko yang paling ditakuti adalah jangkitan kuman yang boleh melemahkan lagi ototnya. 

Mesin sedia ada hanya mempunyai jangka hayat 5 tahun dan perlu ditukar segera. Kos satu mesin ini boleh cecah sehingga RM 23,000. Ibu tunggal ini buntu mencari dana untuk membeli mesin yang baru dengan pendapatan cuma RM300-RM400 sebulan. 



Jom Jiwa Baik, kita ringankan beban mereka boleh?
Pilih pakej di bawah.

KOS KEPERLUAN SHAHIDAM: RM35,000

Kos Mesin BiPAP  (RM23,000+-)
RM200/bahagian
RM100/bahagian
Susu Formula (RM10,368+-)
RM144/tin ( RM144 x 6 tin x 12 bulan) 
Rawatan Lain (RM1,300+-)
RM50/bahagian



Disclaimer:

1)  Hasil sokongan akan diberikan mengikut keperluan pesakit  dan lebihan akan diberikan kepada pesakit lain yang memerlukan. Anda boleh mengikuti perkembangan pesakit di Facebook @MyHeartVolunteers. 

2) MyHeart dan MyFundAction mempunyai kelulusan untuk Pengurangan Cukai LHDN. Setiap transaksi yang dilakukan oleh individu & sektor korporat adalah layak untuk memohon pengurangan cukai.

3) Jumlah kos keperluan adalah termasuk kos operasi dan penghantaran barangan kepada pesakit.


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Kos Mesin BiPAP - RM200/bahagian
Kos Mesin BiPAP - RM100/bahagian
Susu Formula - RM144/tin
Rawatan Lain - RM50/bahagian
Pakej Kasih Sayang (Any Amount)
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


Maklumat Organisasi

MyFundAction
info@myfundaction.org
+60162341090