
Zaim dilahirkan dalam keadaan normal, seperti kanak-kanak yang lain. Tetapi, pada umurnya 1 tahun lebih, Doktor mengesyaki bahawa Zaim kerdil dan mengalami tulang belakang bengkok. Ramai orang menyangka Zaim kerdil sejak kecil, tetapi dia sebenarnya menghidapi Displasia Rangka yang menyebabkan perkembangan tulang, sendi dan tulang rawan tidak normal.
Penderitaan Zaim belum berakhir, apabila disahkan menghidapi 3 lagi penyakit kronik, Glaukoma pada kedua-dua mata, Osteoporosis (tulang rapuh) dan penyempitan pada persimpangan kraniovertebral, selain juga menghidap darah tinggi.
Pada usianya 8 tahun, Zaim mengadu mengalami kesukaran bernafas lalu terus dikejarkan ke hospital. Doktor mengesahkan bahawa tulang belakangnya terseliuh dan memerlukan pemindahan tulang betis ke tengkuk.
Sudah jatuh ditimpa tangga, pembedahan yang disangka membantu Zaim, sebaliknya menambahkan lagi derita buatnya sehingga Zaim "lumpuh" dan bergantung dengan mesin pernafasan. Sehingga kini, Zaim masih lagi terlantar di hospital sementara menantikan mesin oksigen yang baharu.
Ibu bapa Zaim masih menaruh harapan untuk Zaim kembali sembuh. Harapan mereka agar Zaim dapat berjalan dan pergi ke sekolah dengan kawan-kawan sebayanya seperti dulu.
Bayangkan jika anak kita senasib dengan Zaim. Sanggupkah kita melihat anak seusia ini terus “tercungap-cungap meminta nyawa” hanya kerana mesin oksigen rosak?
Jom Jiwa Baik , bersama MyFundAction, kita tunaikan impian ayah dan ibu Zaim. Hadiahkan mesin oksigen dan bantu keperluan lain untuk bantu Zaim sihat.
Pilih pakej di bawah.
Kos Mesin BiPaP (RM40,000+-)
RM250/bahagian
RM100/bahagian
Susu, lampin dan keperluan lain (RM5,000+-)
RM50/bahagian
Disclaimer:
1) Hasil sokongan akan diberikan mengikut keperluan pesakit dan lebihan akan diberikan kepada pesakit lain yang memerlukan. Anda boleh mengikuti perkembangan pesakit di Facebook @MyHeartVolunteers.
2) MyHeart dan MyFundAction mempunyai kelulusan untuk Pengurangan Cukai LHDN. Setiap transaksi yang dilakukan oleh individu & sektor korporat adalah layak untuk memohon pengurangan cukai.
3) Jumlah kos keperluan adalah termasuk kos operasi dan penghantaran barangan kepada pesakit.