“Sayang, perasan tak anak kita macam tak aktif?” - Ibu Afeeya
Azlin mula risau bila keadaan Afeeya tidak senormal bayi-bayi yang lain.
Tak boleh merangkak.
Tak boleh angkat kaki.
Hanya mengesot..
Rupa-rupanya, Afeeya atau mesra dipanggil Usha ada Spinal Muscular Atrophy, SMA atau gangguan otot saraf.

NYAWA AFEEYA DALAM BAHAYA!
Doktor kata, otot bernafas dan menelan semakin lemah yang boleh menyebabkan nyawanya melayang!
Tapi, Allah masih beri peluang untuk dia membesar dengan keluarga yang dia cintai.
Namun risiko tersebut sentiasa menghantuinya. Samada lumpuh selamanya atau mungkin juga MAUT..
Sekarang dia perlukan rawatan SEGERA bagi menyelamatkan nyawanya!

Pesakit SMA kebiasaannya tak boleh berdiri sendiri kerana tulang belakang mereka bengkok
Selain tu, dia juga perlukan kerusi roda khas.
Tulang belakang dia sekarang bengkak sebab kerusi roda yang sekarang ni tak sesuai dengan postur dan saiz badannya.
Azlin sama seperti ibu-ibu yang lain.
Dia nak Afeeya sihat dan membesar macam budak yang lain yang boleh berjalan, berlari.

Jom jiwa baik! Kita doakan semoga ada rezeki Afeeya untuk menjalani rawatan segera dan dapat hadiah kerusi roda daripada anda.
KOS UBAT SUNTIKAN AFEEYA: RM40,200
RM100 x 400 Hero Afeeya (RM40,000)
Keperluan Rawatan (RM200)
Kini Afeeya memerlukan ubat suntikan untuk terus hidup. Tetapi harganya sehingga mencecah RM40,000. Jadi, kami memerlukan 400 orang untuk berkongsi rezeki dan menjadi hero Afeeya.
Disclaimer:
1) Hasil sokongan akan diberikan mengikut keperluan pesakit dan lebihan akan diberikan kepada pesakit lain yang memerlukan. Anda boleh mengikuti perkembangan pesakit di Facebook @MyHeartVolunteers.
2) MyHeart dan MyFundAction mempunyai kelulusan untuk Pengurangan Cukai LHDN. Setiap transaksi yang dilakukan oleh individu & sektor korporat adalah layak untuk memohon pengurangan cukai.
3) Jumlah kos keperluan adalah termasuk kos operasi dan penghantaran barangan kepada pesakit.