KOS PEMBEDAHAN RM90,000 MASIH TERTUNGGAK

Kecacatan jantung yang wujud sejak lahir (kongenital) terjadi dalam 8 per 1000 kelahiran. Tanda dan gejala yang ditunjukkan oleh bayi-bayi ini berbeza antara satu sama lain mengikut kecacatan masing-masing.
Adik Hafidz telah disyaki mengalami masalah jantung yang tidak normal sejak 5 bulan dalam kandungan lagi ketika diimbas di Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang. Setelah mengetahui hal itu, ibu adik Hafiz terus dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk pemantauan. Setelah didiagnosis, kandungan mengalami masalah jantung besar sebelah dan injap bocor.
Adik Hafidz dilahirkan di Hospital Sungai Petani secara normal namun terus dimasukkan ke NICU untuk pemantauan kadar oksigen selama 8 hari. Sejak itu, adik Hafidz perlu ke Hospital Kepala Batas untuk pemantauan kadar oksigen sebulan sekali.
Ketika berusia 1 tahun, adik Hafidz telah selamat menjalani pembedahan pertama (Right Blalock-Taussig Shunt) dan perlu menghadiri temujanji 3 bulan sekali di di Hospital Gleneagles. Adik Hafidz juga telah selamat menjalani pembedahan kedua (Glenn Shunt) ketika berusia 2 tahun di hospital yang sama.
Tahun ini adik Hafidz sudah berusia 5 tahun dan perlu menjalani pembedahan ketiga pula iaitu Fontan Surgery bagi membetulkan saluran darah dari bahagian bawah badan terus ke paru-paru. Ketika itu kuku dan bibirnya kebiruan dan mudah kepenatan. Paras oksigen adik Hafidz dalam 80-82% dan beratnya 18.7kg.
Kos yang diperlukan untuk pembedahan ketiga adik Hafidz sangat tinggi sehingga mencecah RM90,000, ibu bapanya tidak mampu membiayai keseluruhan kos secara tunai.
KEPERLUAN:
Kos RM90,000
Jenis pembedahan: Fontan Surgery
=======================================
Allah berfirman:
“Dan barangsiapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, maka seolah-olah dia telah memelihara kehidupan manusia semuanya.” (QS. Al Maidah: 32)
Harini kita lihat orang susah, semoga usaha murni kita dibalas lebih baik daripada tindakan kita lakukan harini. Tiada harta yang mampu beli 1 nyawa, ia sangat berharga.
BAGAIMANA UNTUK ANDA MEMBANTU?
1. Sila pilih pakej tabung di bawah
2. Pilih Pilihan Bank untuk meneruskan transaksi Online
3. Tekan Butang "Pembayaran"
4. Anda akan dibawa ke halaman Bank dan teruskan transaksi di laman tersebut
5. Setelah berjaya, anda akan dibawa ke ruangan Terima Kasih