Rahsia Jadi Orang Paling Dekat Dengan Rasulullah SAW
Ada satu PELUANG BESAR untuk kita jadi orang paling dekat Rasulullah dekat syurga nanti.
Sayangilah anak-anak yatim.
Cukup dengan menyayangi mereka dengan merawat serta menyantuni, kita in sha Allah akan mendapat tempat yang baik dekat Rasulullah SAW.
Dalam keseronokan kita berbuka puasa bersama keluarga, ingatlah anak-anak ini juga mahukan sentiasa merindukan air tangan ibu mereka. Kalau dulu ada ibu ayah nak penuhi segala keinginan tapi sekarang...
Kejar Pahala 2 dalam 1
Sempena bulan mulia Ramadan, rebut peluang penuhkan amalan dengan berkongsi iftar bersama insan yang memerlukan. Kita bukan hanya dapat 10 kebaikan, tetapi ganjaran berganda asbab gembirakan anak-anak yatim.
Setakat 24 Mac 2024, kami di MyFundAction telah membuat edaran di beberapa buah rumah:
Lokasi | Bilangan Anak Yatim |
Rumah Amal Budi Bestari | 45 orang |
Pertubuhan Rumah Anak Yatim (RAYA) Kampung Sijangkang | 60 orang |
Pertubuhan Nur Kasih Klang | 65 orang |
Rumah Amal Limpahan Kasih, Puchong | 120 orang |
Rumah Kebajikan Anak-Anak Yatim & Ibu Tunggal Hajjah Kamariah | 60 orang |
Rumah Al Firdaus | 57 orang |
Rumah Titian Kasih Perlindungan Anak Yatim, Anak Asnaf, Ibu Tunggal, OKU dan Warga Emas | 50 orang |
Baitul Barokah wal Mahabbah | 105 orang |
Dengan serendah RM25, kita boleh sediakan juadah iftar yang bertemakan makanan barat untuk anak-anak ini. Tersenyum lebar mereka dapat juadah istimewa daripada anda. Jarang sekali dapat menu semewah ini.
Semoga kita semua tergolong orang-orang yang sentiasa memuliakan anak yatim dan insan yang memerlukan, terutama di bulan suci Ramadan.
Rasulullah SAW bersabada:
"Barangsiapa yang memelihara anak yatim dan memberinya makan dan minum, nescaya Allah akan memasukkannya ke dalam syurga, kecuali jika dia melakukan dosa yang tidak dapat diampuni"