Bantu Pelajar Kelas Mengaji Mualaf dan Asnaf di Sabah
Seramai 20 orang mualaf dan 200 pelajar diberikan KELAS PERCUMA!
“Sesungguhnya zakat itu hanyalah untuk orang-orang fakir, orang miskin, amil zakat, yang dilunakkan hatinya (mualaf), untuk (memerdekakan) hamba sahaya, untuk (membebaskan) orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan untuk orang yang sedang dalam perjalanan, sebagai kewajiban dari Allah. Allah Maha Mengetahui, Mahabijaksana.”
(QS At Taubah : 60)
Alhamdulillah sejak Disember 2018, MyFundAction dengan kerjasama ANNUR Quranic Centre (AQC) cawangan Sabah telah menubuhkan kelas mengaji secara PERCUMA buat golongan asnaf dan mualaf di Sabah.
“Saya memang nak mengaji ustazah, tapi saya tak mampu bayar yuran kelas. Bila ada kelas free ni saya memang betul-betul mahu mengaji sampai pandai” - Siti
“Kami mahu betul mengaji ni Ustazah. Rugi rasanya kalau tidak tahu mengaji umur-umur begini. Kubur sudah panggil-panggil. Malu kalau mati tapi tak pandai mengaji” - Mak cik Laila
“Saya mau pandai mengaji, bila saya pandai nanti. Saya boleh ajar mak saya, bapak saya, keluarga saya” – Nurain
“Saya mualaf sejak 2011 lagi, sudah 10 tahun. Tapi satu huruf pun saya tidak tahu ni Ustazah”
Terharu bila usaha yang kecil ini mendapat sambutan dan merupakan keperluan untuk buat mereka yang tidak mampu.
ANNUR Quranic Centre (AQC) cawangan Sabah mengambil inisiatif untuk membantu golongan asanaf dan mualaf untuk mengajar kelas mengaji secara percuma.
Kelas mengaji bukan diadakan di Kota Kinabalu sahaja, malah cawangan Ranau, Kundasang, dan Semporna.
Terkini, tenaga pengajar seramai 7 orang hanya diberikan elaun sebanyak RM500. Walaupun tidak banyak, tetapi ini usaha kecil ini sedikit sebanyak dapat membantu para pelajar diberikan kelas secara percuma.
Modul Qiraati pula menelan kos RM50 untuk seorang pelajar. Selain itu, kami perlu menanggung kos sewa tempat yang lebih luas lagi atas permintaan yang tinggi dari pelajar untuk belajar mengaji.
Kira-kira kos pembelajaran pelajar hanya RM66 sahaja untuk seorang.
Jadi kami mengajak untuk anda di luar sana yang murah hati untuk membantu pelajar asnaf dan mualaf ini untuk belajar mengaji.
Lebih banyak pelajar dapat dibantu, maka lebih ramai lagi yang kami boleh buka berikan pendidikan secara percuma serta meningkatkan buta huruf dalam kalangan asnaf dan mualaf di sini.
Dakwah di bumi Sabah ini tidak akan berjalan dengan baik tanpa sokongan anda. Dengan izin Allah SWT, semoga setiap rezeki yang anda kongsikan, akan mengalir pahala yang berterusan, apatah lagi pahala setiap huruf bacaan yang dilantunkan oleh para pelajar, menjadi saham sebagai bekalan akhirat.
“Perumpamaan orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan ALLAH adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir tumbuh 100 biji. Allah melipatgandakan bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan ALLAH Maha Luas lagi Maha Mengetahui”
(QS Al Baqarah : 261)