TOLONG! Selamatkan nyawa mereka yang kritikal

Setuju tak kalau kami kata kesihatan tu adalah harta yang paling mahal?
Cuba anda tanya pada orang yang sakit, apa permintaan mereka.
Nak SIHAT kan?
Sepanjang MyFundAction menyantuni lebih 20,000 asnaf sehingga kini, kami menerima ribuan permohonan bantuan perubatan.

Bayi sekecil 6 bulan yang hidup bergantung dengan mesin
Kanak-kanak yang memerlukan kerusi roda khas untuk bergerak
Ibu yang memerlukan katil kerana bedridden
Apa yang mereka perlukan bukan bantuan makanan untuk terus hidup.
Tetapi, kos alatan perubatan yang sangat tinggi hingga mencengkam ekonomi mereka!
Antara alat perubatan yang paling banyak diperlukan adalah seperti:
- Mesin bantuan oksigen
- Mesin sedut kahak
- Mesin dialisis
- Kerusi roda
- Katil hospital

Alangkah bagusnya kalau kita dapat wakafkan alat perubatan ni untuk mereka yang kritikal memerlukan dan tidak berkemampuan kan?
Disebabkan wakaf, apabila pesakit sudah sihat dan tidak lagi memerlukan alatan tersebut, kita akan manfaatkannya untuk pesakit yang lain pula.
Menarik kan?
Ramai sangat yang akan peroleh manfaat daripada wakaf anda dan pahala tetap mengalir selagi mana alatan tersebut digunakan.
WAKAF ALAT PERUBATAN : RM421,000
Mesin bantuan oksigen (RM6,000 x 10 = RM60,000)
Mesin sedut kahak (RM1,500 x 10 = RM15,000)
Mesin dialisis (RM41,000 x 6 = RM246,000)
Katil hospital (RM3,500 x 20 = RM70,000)
Kerusi roda (RM600 x 50 = RM30,000)
Firman Allah SWT yang bermaksud,
"Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi."