KECEMASAN!
GAZA BERDEPAN BENCANA KESIHATAN

Berapa banyak lagi nyawa saudara kita harus terkorban?
Bayi maut akibat kekurangan oksigen.
Pesakit yang cedera meninggal tanpa sempat menerima rawatan.
Keperluan makanan dan ubat-ubatan semakin kritikal. Bekalan elektrik juga telah terpotong.
Sistem kesihatan sudah berada di ambang kehancuran.
Apa yang paling membimbangkan kini hospital pula jadi kubu pertahanan tentera laknatullah Israel. Tiada hospital yang selamat untuk pindahkan pesakit-pesakit yang sedang dirawat. Bayi-bayi dibiarkan mati tanpa rasa simpati. Kakitangan hospital keletihan bekerja tanpa rehat.
Hasbunallah wa nikmal wakeel
Kebaikan Anda Talian Hayat Mereka
![]()
Tahun ini Ramadan penuh duka buat rakyat Palestin. Mereka kehilangan segalanya. Hak manusiawi diragut kejam oleh musuh-musuh Allah. Krisis kesihatan di Gaza kini menjadi malapetaka besar.
MyFundAction mengambil inisiatif untuk membangunkan akses kesihatan melalui projek Palestine Medical Centre dan agihan ubat serta alat perubatan.
Bayi maut akibat kekurangan oksigen.
Pesakit yang cedera meninggal tanpa sempat menerima rawatan.
Keperluan makanan dan ubat-ubatan semakin kritikal. Bekalan elektrik juga telah terpotong.
Sistem kesihatan sudah berada di ambang kehancuran.
Apa yang paling membimbangkan kini hospital pula jadi kubu pertahanan tentera laknatullah Israel. Tiada hospital yang selamat untuk pindahkan pesakit-pesakit yang sedang dirawat. Bayi-bayi dibiarkan mati tanpa rasa simpati. Kakitangan hospital keletihan bekerja tanpa rehat.
Hasbunallah wa nikmal wakeel
Kebaikan Anda Talian Hayat Mereka

MyFundAction mengambil inisiatif untuk membangunkan akses kesihatan melalui projek Palestine Medical Centre dan agihan ubat serta alat perubatan.
Perkhidmatan Palestine Medical Centre:
✅ Menyediakan kemudahan mendapatkan rawatan kesihatan
✅ Mempunyai pakar sakit puan untuk memudahkan para ibu mendapatkan rawatan
✅ Dilengkapi dengan farmasi, rawatan kecemasan, radiologi dan makmal perubatan
![]()
"WHO menganggarkan bahawa jika kita mengalami wabak penyakit cirit-birit yang teruk dan jangkitan pernafasan dan sebagainya, kemungkinan lebih banyak kematian akibat wabak penyakit daripada akibat trauma."
Sebanyak 200,000 kes penyakit cirit-birit, meningkat lebih 20 peratus sejak konflik 7 Oktober. Oleh itu, kami juga sedang usahakan untuk menyampaikan bantuan ubat-ubatan dan barang perubatan yang lain.
![]()
MyFundAction bersama lebih 50 NGO di Malaysia bergabung di bawah Ops Ihsan untuk Kementerian Luar Negeri. Kita sudah menyampaikan kira-kira 100 tan bantuan seperti ubat-ubatan, peralatan perubatan, makanan, keperluan bayi dan wanita yang bernilai RM3 juta. Kesemua barangan ini akan dibawa kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Mesir melalui sempadan Rafah sebelum diagihkan ke hospital dan buat mereka yang memerlukan.

Ayuh Jiwa Baik, kita sediakan akses kesihatan lebih baik demi saudara kita di Palestin!
Daripada Aisyah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda,
"Amalan yang paling dicintai oleh Allah SWT adalah amalan yang berterusan walaupun jumlahnya sedikit"
(HR. Bukhari, 6465)