[SEKELIP MATA KEADAAN BERUBAH, KINI HANYA MAMPU TERLANTAR]
Anak adalah anugerah yang sangat berharga buat ibu dan ayah. Namun segalanya tidak berakhir dengan kegembiraan ketika adik Ammar diuji dengan penyakit Leukemia, keceriaan di wajahnya tidak bertahan lama. Usianya baru menginjak 8 tahun ketika didiagnos penyakit itu.
Mulanya hanya demam, dibawa ke Klinik Kesihatan Cherang Ruku Kelantan. Sangkaan bahawa adik Ammar cuma demam biasa, bertukar menjadi berita yang amat menyedihkan. Adik Ammar disyaki demam denggi dan dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ). Setelah ujian darah dilakukan, adik Ammar disahkan menghidap kanser leukemia.

Pilu hati si ibu menerima perkhabaran doktor ketika itu. Puan Rozita tidak sanggup melihat tubuh anaknya yang kecil melawan penyakit. Andai boleh menggantikan tempat adik Ammar, sudah pasti Puan Rozita berbuat demikian.
Adik Ammar dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) dan mendapatkan rawatan di sana. Keadaan fizikalnya tidak sekuat kanak-kanak yang lain, hanya mampu terlantar di atas katil dan tidak dapat bergerak sendiri. Adik Ammar tidak mampu menelan makanan, terpaksa isi perut dengan susu sahaja melalui tiub.
Tubuhnya semakin lemah selepas rawatan dan mesti dijaga rapi. Adik Ammar memakai lampin pakai buang dan diberi susu formula khas. Oleh kerana tiada kudrat untuk bangun, Yayasan Orang Kurang Upaya Kelantan (YOKUK) akan ke rumahnya 2 minggu sekali untuk rawatan.
Adik Ammar juga perlu menaiki ambulans ke HUSM kerana jarak perjalanan yang jauh dari rumah mereka di Pasir Puteh ke Kubang Kerian agak sukar untuk bergerak sendiri.
Anggaran kos sebanyak RM3,000 diperlukan untuk adik Ammar. Bapanya hanya meraih pendapatan RM600 sebulan, belum termasuk tanggungan lain. Jumlah itu masih jauh memenuhi keperluan adik Ammar yang semakin meningkat.
Kami dari MyHeart bekerjasama dengan MyFundAction membuka tabung untuk membiayai keperluan perubatan pesakit-pesakit yang kurang berkemampuan seperti keluarga adik Ammar. Kami sangat mengalu-alukan kerjasama dan sokongan anda semua untuk meringankan beban keluarga ini. Sokongan anda penting bagi menyalurkan kekuatan kepada adik Ammar untuk terus berjuang melawan kanser.