[MENDERITA JANTUNG BERLUBANG, SEJAK LAHIR ‘MENETAP’ DI HOSPITAL]

Tabah, itu lah perkataan yang sesuai digambarkan buat pasangan suami isteri ini. Tidak pernah terbayang bahawa anak pertama yang mereka nantikan selama ini akan mengalami penyakit yang serius. 


Ayra Khaliesah dilahirkan pada bulan Disember tahun lalu, kelahirannya normal seperti bayi lain. Lega apabila baby Ayra dibenarkan untuk terus pulang ke rumah lepas kelahirannya. Kurang 24 jam, Puan Farziana perasan anak tunggalnya itu mengalami kekuningan dan baby Ayra dibawa ke Hospital Banting untuk mendapatkan rawatan.


Berdegup laju jantung Puan Farziana ketika doktor mendiagnos baby Ayra mengalami masalah jantung berlubang sebesar 10mm di bahagian atas dan 3mm di bahagian bawah. Sesuatu yang tidak pernah terlintas difikirannya untuk terjadi pada keluarganya. 


Seiring dengan berjalannya waktu, baby Ayra dibenarkan pulang ke rumah kerana demam kuningnya sudah semakin surut. Meskipun begitu, keadaan baby Ayra belum juga membaik. Pada hari ke lapan kelahiran baby Ayra, jururawat dari klinik kesihatan melawatnya di rumah untuk pemantauan. Katanya, pernafasan baby Ayra laju dan mempunyai lekuk di dada. Baby Ayra disarankan untuk mendapatkan rawatan di hospital.



Sejak itu, baby Ayra dimasukkan ke hospital dan bergantung pada mesin oksigen sepanjang masa. Seksa melihat tubuh kecilnya dipenuhi wayar dan tiub. Baby Ayra terpaksa minum susu menggunakan tiub nasogastrik (ryles tube), bayangkan setiap aliran susu yang memasuki tubuhnya melalui tiub tersebut. Pernafasannya masih laju, tidak seperti kadar pernafasan yang normal.

“Luluh hati saya bila doktor beritahu degupan jantung Ayra 160 lebih per minit”, kata ibunya.

Baby Ayra perlu menjalani pembedahan jantung namun kos yang mencecah sehingga RM80,000 membuatkan ibu bapanya buntu, kini sepenuhnya bergantung pada pendapatan Encik Akmal yang hanya bekerja di gudang dengan memperoleh RM1,100 sebulan.

Pada mulanya Puan Farziana bekerja sebagai juruwang namun terpaksa berhenti kerja kerana perlu menjaga baby Ayra di hospital.



Pada 19 April yang lalu, baby Ayra telah selamat menjalani pembedahan di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur namun pembayaran masih belum dilunaskan. Baby Ayra perlu segera menjalani pembedahan tersebut disebabkan keadaannya tidak stabil. Hakikatnya sehingga kini, baby Ayra masih bergantung pada mesin oksigen untuk terus bernafas.

Kami dari MyHeart bekerjasama dengan MyFundAction membuka tabung untuk membiayai keperluan pesakit-pesakit yang kurang berkemampuan seperti keluarga baby Ayra. Kami sangat mengalu-alukan kerjasama dan sokongan anda semua untuk meringankan beban keluarga ini.

Bantu kami penuhi kos pembedahan dan rawatan baby Ayra. Hasil kebersamaan yang anda kongsikan dapat memberi kekuatan kepada ibu bapa baby Ayra untuk melihat anak mereka membesar sihat seperti orang lain.

Harini kita lihat orang susah, semoga usaha murni kita dibalas lebih baik daripada tindakan kita lakukan harini. Tiada harta yang mampu beli 1 nyawa, ia sangat berharga.


========================================
Nama: Nur Ayra Khaliesah Bt Muhammad Akmal Firdaus
Umur: 3 Bulan
Nama bapa: Muhammad Akmal Firdaus
Nama ibu: Siti Noor Farziana
Tempat Tinggal: Banting, Selangor

KEPERLUAN
Kos: RM80,300
1) Kos pembedahan
2) Swab test
=======================================

Allah berfirman:
“Dan barangsiapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, maka seolah-olah dia telah memelihara kehidupan manusia semuanya.”
(QS. Al Maidah: 32)

Disclaimer:
MyHeart dan MyFundAction menceritakan kisah baby Ayra bagi menjayakan Tabung Jantung buat pesakit-pesakit jantung sepertinya. Hasil kutipan tersebut akan diberikan mengikut keperluan baby Ayra dan lebihan akan diberikan kepada pesakit lain yang memerlukan. Boleh ikuti perkembangan pesakit di Facebook @MyHeartVolunteers


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
TABUNG MYHEART RM 500
TABUNG MYHEART RM 200
TABUNG MYHEART RM 100
TABUNG MYHEART RM 50
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


Maklumat Organisasi

MyFundAction
info@myfundaction.org
+60162341090