[TERPAKSA BERGANTUNG PADA UBAT, LALUI HIDUP DENGAN HATI YANG MASIH BERBAKI 20%]


 Dugaan demi dugaan datang menimpa, dulunya ibu kini ayah pula. Bagai hilang kata-kata tiga beradik apabila mengetahui bapa mereka disahkan sakit. Baru merasai titik kebahagiaan disaat ibu mereka bebas dari kanser payu dara, keadaan ayahnya pula menimbulkan kerisauan di hati.


Che Azli bin Harun berusia 44 tahun disahkan menghidap kanser hati, semuanya bermula pada Disember 2018. Ketika itu Encik Azli perasan berat badannya turun secara mendadak dari 80kg ke 76kg dalam masa yang singkat.

Encik Azli menjalani pemeriksaan kesihatan di klinik panel, hasil keputusan normal cuma ada satu yang membimbangkan. Tersentak seketika apabila mendapati bacaan enzim hati Encik Azli tinggi sedangkan tidak mempunyai penyakit kronik.

Setelah itu dirujuk ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar untuk pemeriksaan lanjut. Encik Azli menjalani imbasan CT seluruh badan dan mendapati bahawa Encik Azli mengalami kerosakan hati melebihi 80%. Doktor sahkan menghidap kanser hati tahap 2, terasa hendak pitam mendengarnya.


Sebulan kemudian, Encik Azli menjalani pembedahan pertama untuk membuang tisu hati yang telah rosak dan menyelamatkan lebihan tisu hatinya yang masih baik. Hari demi hari mendatang, Encik Azli menjalani rawatan susulan 3 bulan sekali. Ada ketika di mana Encik Azli membuat imbasan CT ketika mendapatkan rawatan, hasil keputusan CT tersebut menunjukkan ada sel kanser pada lebihan hati yang telah diselamatkan. Luluh hati Encik Azli, seakan tidak percaya kenyataan itu.

Encik Azli menjalani pembedahan kedua di bahagian hati yang berbaki, namun pembedahan itu tidak dapat membuang semua kerana ada risiko kematian. Isterinya, puan Suriani sentiasa menyokong dan memberi semangat kepadanya untuk terus kuat. Selepas 3 bulan menjalani rawatan susulan, doktor mendapati sel kanser masih aktif merebak ke seluruh hati. Bermacam-macam perkara bermain di fikirannya, terbayang nasibnya sekeluarga.

Doktor membuat keputusan untuk memulakan sesi kemoterapi pada bulan Februari bagi menyelamatkan sel hati yang masih berbaki. Namun syarat yang ditetapkan membuatkan Encik Azli risau, jarak antara sesi kemoterapi tidak boleh melebihi 3 bulan untuk memastikan rawatan tersebut berkesan.

Malangnya pada kali kedua rawatan kemoterapi, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula dan doktor dari Hospital Serdang yang menjalankan kemoterapi di Hospital Sultanah Bahiyah tidak dapat merentas negeri atas sebab-sebab tertentu. 


Encik Azli kemudiannya dirujuk ke Hospital Besar Pulau Pinang untuk menjalani kemoterapi seluruh badan sebanyak 8 kitaran. Kitaran pertama pada bulan November, Encik Azli diberikan ubat makan dan infusi (drip). Kitaran kedua sepatutnya pada bulan Disember namun tidak dapat diteruskan kerana kesan kemoterapi yang sangat dahsyat. Encik Azli dimasukkan ke wad selama seminggu setiap kali habis kemoterapi.

Disebabkan keadaannya tidak begitu stabil, doktor membuat keputusan untuk menghentikan rawatan kemoterapi dan memulakan ubat kemoterapi jenis pil. Namun ubat tersebut hanya boleh didapati di hospital swasta kerana harganya sangat mahal. Terkejut puan Suriani mengetahui harga ubat tersebut mencecah RM10,000 hanya untuk 20 biji. 

Bayangkan berapa banyak kos yang diperlukan untuk membeli ubat tersebut bagi tempoh beberapa bulan, mungkin juga tahun. Puan Suriani terpaksa akur dengan keputusan tersebut demi nyawa suami tercinta. Encik Azli gagahkan diri ke Hospital Pantai Sungai Petani untuk mengambil ubat tersebut, 1 biji diambil sehari sekali.

Puan Suriani terkenang kembali peristiwa pahit dalam hidupnya apabila disahkan menghidap kanser payu dara. Alhamdulillah setelah menjalani 2 kali pembedahan dan rawatan kemoterapi pada 2016, akhirnya puan Suriani pulih dari kanser tersebut walaupun terpaksa kehilangan kedua belah payu dara. Puan Suriani redha dengan nasibnya, kini puan Suriana mahu suaminya terus melawan penyakit itu agar dapat sembuh seperti sedia kala.

Anggaran RM92,000 diperlukan untuk perubatan dan susu Encik Azli. Nilai itu sangat besar bagi mereka sekeluarga, tidak mampu untuk membiayainya sendiri. Sebelum ini Encik Azli bekerja sebagai maintenance namun semuanya berubah setelah sakit. Tiada pendapatan bulanan, puan Suriana hanya surirumah. Tambahan pula Encik Azli mempunyai 3 orang anak, 2 masih bersekolah dan seorang lagi sudah berkahwin. 

Kami dari MyHeart bekerjasama dengan MyFundAction membuka tabung untuk membiayai keperluan pesakit-pesakit yang kurang berkemampuan seperti keluarga Encik Azli. Kami sangat mengalu-alukan kerjasama dan sokongan anda semua untuk meringankan beban keluarga ini. Hasil kebersamaan yang anda kongsikan dapat memberi kekuatan kepada Encik Azli untuk terus kuat melawan penyakitnya.

Harini kita lihat orang susah, semoga usaha murni kita dibalas lebih baik daripada tindakan kita lakukan harini. Tiada harta yang mampu beli 1 nyawa, ia sangat berharga.



========================================
Nama: Che Azli bin Harun
Umur: 44 Tahun
Nama isteri: Suriana 
Tempat Tinggal: Sungai Petani, Kedah

KEPERLUAN
Kos: RM92,000
1) Ubat kemoterapi
- RM10,000/20 tablets
- RM500/tablet
- 180 tablets diperlukan untuk 6 bulan
2) Susu Ensure Gold (18 tin)
3) Nestum (12 tin)
=======================================
Allah berfirman:
“Dan barangsiapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, maka seolah-olah dia telah memelihara kehidupan manusia semuanya...”
(QS. Al Maidah: 32)

Disclaimer:
MyHeart dan MyFundAction menceritakan kisah Encik Azli bagi menjayakan Tabung Kanser buat pesakit-pesakit kanser sepertinya. Hasil tabung tersebut akan diberikan mengikut keperluan Encik Azli dan lebihan akan diberikan kepada pesakit lain yang memerlukan. Boleh ikuti perkembangan pesakit di Facebook @MyHeartVolunteers

Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
TABUNG MYHEART RM 500
TABUNG MYHEART RM 200
TABUNG MYHEART RM 100
TABUNG MYHEART RM 50
TABUNG MYHEART SERENDAH RM 30
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


Maklumat Organisasi

MyFundAction
info@myfundaction.org
+60162341090