JIKA MASIH ADA MAKANAN UNTUK DIMAKAN,
RUMAH UNTUK BERLINDUNG,
MAKA BERSYUKURLAH
Realiti kini,
Ada yang tidak mampu membeli sekampit beras buat keluarga,
Ada yang mencatu lauk untuk simpanan esok lusa,
Ada yang terpaksa bagi anak minum kopi dan teh sebagai ganti susu.
Tanpa sedar, begitu ramai golongan yang terjejas. Inilah yang berlaku…
Setiap hari permohonan bantuan masuk tanpa henti. Kita tidak kenal mereka tetapi bayangkan sekiranya mereka itu adalah kenalan kita sendiri. Sanggupkah kita?
Kami di MyFundAction ingin mengajak anda semua untuk bersama-sama kami dalam usaha membantu mereka yang memerlukan.
Bantuan keperluan dari segi:
1) Bekalan Makanan Asas yang mengandungi lebih 15 barang dapur termasuk beras, minyak, susu dan gula
2) Hot Meal atau dipanggil sebagai hidangan panas seperti Chicken Chop, Mix Grill
3) Pek Makanan Sedia Dimakan yang boleh terus dimakan pada bila-bila masa seperti nasi berlaukkan rendang daging
4) Energy Bar iaitu snek untuk menambah tenaga dan sumber protein
Kami memfokuskan pemberian kepada beberapa golongan di seluruh negara yang terkesan dalam usaha menangani penularan wabak pandemik.
Alhamdulillah kami sangat aktif dalam misi ini, sehingga kini ramai telah mendapat manfaat. Kami mengalu-alukan kerjasama dan sokongan anda semua untuk terus bersama kami supaya lebih ramai dapat dibantu.
Semoga usaha ini dapat meringankan beban yang ditanggung dan pada masa yang sama dapat menambah beban pahala buat kita di Akhirat kelak InshaaAllah. Kami percaya masih ada yang bersimpati dengan nasib mereka.
AYUH BERIKAN SENYUMAN BUAT MEREKA!
Anda boleh pilih pakej di bawah untuk taja bantuan buat mereka
✅ PAKEJ 1 : RM280 (Bantu 2 Keluarga)
✅ PAKEJ 2 : RM140 (Bantu 1 Keluarga)
✅ PAKEJ 3 : RM50
✅ PAKEJ 4 : RM35
✅ PAKEJ SERENDAH RM10
*Anggaran kos untuk 1 keluarga : RM 140/keluarga
Allah berfirman:
Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik laki-laki maupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, niscaya akan dilipat-gandakan (ganjarannya) kepada mereka; dan bagi mereka pahala yang banyak.”
(Qs. Al Hadid: 18)
JANGAN SAMPAI KITA KELUAR DARI LAMAN INI TANPA BERBUAT SESUATU.
Kami tidak mampu lakukannya sendirian, kami perlukan sokongan anda. Kini semuanya di hujung jari anda!