JUMLAH TERKUMPUL RM25,600 *jumlah terkumpul setakat 02/03/2023 BAKI DIPERLUKAN RM5,500 |
Fayyadh ditidurkan selama 2 bulan, peluang hidup 50%!

Nurul Hasnaa, 30 sebak bila terkenangkan momen Fayyadh, 2 memanggilnya ‘mama’ sewaktu dia masih sihat dan boleh bercakap.
Sekarang ni berbeza.
Rumah terasa sunyi tanpa suara Fayyadh.
"Sekarang ni, kalau Fayyadh lapar, dia gunakan bahasa isyarat sahaja. Dia masih belum boleh bercakap disebabkan alat yang dipasang pada tekaknya,“ ujarnya.
Dia dan suami menerima tamparan hebat selepas anaknya menghidap penyakit paru-paru kronik dan ada sumbing di lelangit atau Cleft Palate.

Ketika Fayyadh berusia 21 hari, doktor di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar Perlis terpaksa tebuk tekak Fayyadh atau buat rawatan Trakeostomi.
Selepas 6 bulan berada di ICU dan 5 bulan di wad biasa, Fayyadh dibenarkan untuk keluar hospital dan pulang ke rumah.
Sudah jatuh ditimpa tangga, Fayyadh hampir nazak selepas diserang jangkitan kuman teruk pada paru-paru Februari lalu.
Disebabkan itu, dia terpaksa ditidurkan selama hampir 2 bulan kerana doktor beritahu peluang untuk hidup hanya 50 peratus sahaja!
Keadaan sekarang, Fayyadh masih perlu memakai tiub trakeostomi dan bergantung sepenuhnya dengan mesin sedut kahak.

Puasa dan raya dah makin dekat ni.
Hajat Hasnaa dan suami satu saja iaitu semoga kos keperluan Fayyadh cukup untuk sambut Ramadan & Aidilfitri bersama-sama mereka.
KOS KEPERLUAN FAYYADH:
Mesin Nebulizer (RM36,500+-) RM250/bahagian
Mesin Sedut Kahak (RM29,000+-) RM200/bahagian
Tiub Pernafasan (RM7,700+-) RM100/tiub
Susu Khas (RM5,200) RM50/tin
Syringe & Tiub Susu (RM4,800) RM30/bahagian
Semoga dengan perkongsian anda Ramadan ini dapat mengukir kembali senyuman mereka sekeluarga.
Disclaimer:
MyHeart dan MyFundAction menceritakan kisah Hadif Fayyadh untuk menjayakan Tabung Genetik untuk pesakit sepertinya. Hasil sokongan akan diberikan mengikut keperluan Hadif Fayyadh dan lebihan akan diberikan kepada pesakit lain yang memerlukan. Anda boleh mengikuti perkembangan pesakit di Facebook @MyHeartVolunteers