["Saya terkejut tengok muka dan badan dia membiru!"]



Sudah jatuh ditimpa tangga. Itu perumpamaan paling sesuai bagi Nor Laila Alias selepas mendapati anak keenamnya, Awangku Fathi Ahza, 3 atau mesra disapa Ahza menderita jantung berlubang.

Bagi Nor Laila dari Lawas, Sarawak, hidup perlu diteruskan dan harus kuat menempuh cabaran yang datang terutama demi kelangsungan hidup keluarganya.

Menceritakan semula detik-detik hitamnya, adik Ahza sering penat apabila berjalan dan berlari. Kadang-kadang, badan dan mukanya juga membiru!

"Penat dia tu bukan macam budak normal. Jalan sikit pun dia dah penat," luah Laila.



Menurutnya, anak ketiga daripada 7 orang anaknya, Dayangku Nur Rifqah, 12 juga menghidap penyakit jantung berlubang sejak lahir dan sudah pun membuat pembedahan ketika berusia 3 tahun.

Kali ini, adik Ahza pula memerlukan RM50,000 bagi menampung kos pembedahan yang perlu dilakukan secepat mungkin.

Namun, Laila yang hanya seorang suri rumah dan suaminya pembantu stor tak mampu tanggung kos pembedahan adik Ahza. Dengan 5 anaknya yang masih bersekolah, sudah tentu kos pembedahan adik Ahza cukup berat bagi mereka.

"Saya tak boleh kerja sebab ada dua orang anak saya sakit jantung. Mereka memang perlukan perhatian sepenuhnya. Kalau terlepas pandang, nanti akan terjadi sesuatu," cerita Laila. 


"Saya menangis malam-malam bila tengok anak-anak tidur. Sayu tengok muka mereka yang sakit," sebak Laila.



Jom warga jiwa baik!

Kita bantu adik Ahza dapat menjalani pembedahan segera nak? Sekurang-kurangnya, dapat juga dia membesar dan hidup lebih lama disamping keluarga tercinta.

Tabung MyHeart RM500
Tabung MyHeart RM200
Tabung MyHeart RM100
Tabung MyHeart RM50
Tabung MyHeart RM30

Semoga dengan perkongsian yang anda beri dapat mengukir kembali senyuman terhadap keluarga ini.




Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
TABUNG MYHEART RM 500
Lampin (RM2,500) RM30/beg
Susu khas (RM1,200+-) RM50/tin
Kerusi Roda Khas (RM1,500+-) RM100/bahagian
Kos Rawatan (1,800+-) RM150/bahagian
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


Maklumat Organisasi

MyFundAction
info@myfundaction.org
+60162341090