[KOS PEMBEDAHAN RM82,000 MASIH BELUM MENCUKUPI]
Bayangkan keadaan bayi baru lahir beberapa bulan sedang bertarung nyawa, menderita penyakit jantung berlubang.
Nama: Clairevylova Mckayra Meklaen
Tarikh lahir: 22 Januari 2021
Tempat lahir: Hospital Likas, Sabah
Ketika mengandung, semuanya normal. Selepas lahir, doktor sahkan baby Kayra mengalami sakit jantung (Atrioventricular Septal Defect). Baby Kayra terus dibawa ke NICU untuk rawatan.
Sebulan berada di NICU, ibunya dapat lihat dari jauh sahaja. “Lepas dua ke tiga minggu Kayra lahir, baru saya dapat jumpa dan jaga di wad” – luah sayu ibu Kayra, Puan Molcy.
Lahir dengan berat 3.3kg, semakin hari beratnya semakin susut sehingga ke 2.8kg kerana minum susu menggunakan tiub. Beratnya tidak seperti bayi lain, cuma 5kg semasa usianya 5 bulan.
Resah hati ibu mendengar anaknya menangis kesakitan, terpaksa bergantung ubat sejak lahir.
SIMPTOM BABY KAYRA MEMBIMBANGKAN
- Apabila menangis terlalu lama, baby Kayra mula membiru
- Pucat
- Pernafasan laju dan cara baby Kayra bernafas nampak berbeza
Baby Kayra perlu jalani pembedahan segera untuk menutup lubang yang terlalu panjang pada jantungnya namun pembedahan boleh dilakukan di Semenanjung sahaja kerana doktor pakar bedah jantung kanak-kanak hanya berada di sini.
Pada awalnya pembedahan telah dijadualkan pada 12 Julai lalu namun atas beberapa faktor, terpaksa ditunda. Penantian berakhir, pembedahan telah selamat dijalankan pada 22 Julai yang lalu namun kos tersebut masih belum dilunaskan. Kos RM82,000 sangat tinggi nilainya bagi mereka sekeluarga.
PEMBEDAHAN JANTUNG
KOS RM82,000
1) Kos pembedahan
2) Tiket kapal terbang pergi dan balik
TEMPAT: Hospital Gleneagles Kuala Lumpur
MAKLUMAT TAMBAHAN
Nama ayah: Meklaen Bin Dangin
Pekerjaan: Pembaca meter air (gaji harian)
Nama ibu: Molcy Binti Gasin
Pekerjaan: Guru tadika
Tempat tinggal: Tamparuli, Sabah
Betul, kedua-duanya masih bekerja tetapi keperluan mereka melebihi pendapatan. Ada dua orang anak lagi yang perlu ditanggung. Tambahan pula anak bongsu mereka ini diuji penyakit jantung yang memerlukan kos tinggi untuk pembedahan.
Kami dari MyHeart bekerjasama dengan MyFundAction membuka Tabung Jantung untuk membiayai keperluan pesakit-pesakit yang kurang berkemampuan seperti keluarga baby Kayra. Kami sangat mengalu-alukan kerjasama dan sokongan anda semua untuk meringankan beban keluarga ini.
Bantu kami penuhi kos pembedahan dan rawatan baby Kayra. Hasil kebersamaan yang anda kongsikan dapat memberi kekuatan kepada ibu bapanya untuk melihat baby Kayra membesar dengan sihat.
Tiada harta yang mampu beli satu nyawa, ia sangat berharga.
Disclaimer:
MyHeart dan MyFundAction menceritakan kisah baby Kayra bagi menjayakan Tabung Jantung buat pesakit-pesakit jantung sepertinya. Hasil kutipan tersebut akan diberikan mengikut keperluan baby Kayra dan lebihan akan diberikan kepada pesakit lain yang memerlukan. Boleh ikuti perkembangan pesakit di Facebook @MyHeartVolunteers