[PERLUKAN RM51,700 UNTUK PEMBEDAHAN BUANG SEL KANSER DAN TULANG RUSUK]


Izhar, hanya mampu tersenyum tatkala melihat kawan-kawannya belajar, bermain dan menikmati masa-masa remaja mereka. Sedangkan dirinya kini sedang berjuang melawan penyakit kanser. 


Siapa sangka di usia 15 tahun boleh menghidap kanser tulang rusuk kanan. Semuanya bermula sejak akhir tahun lalu. Adik Izhar mula rasa sengal-sengal di tulang rusuk kanan dan beranggapan itu adalah perkara biasa, sehingga satu tahap berat badannya semakin susut.


Ibunya, Puan Zuraida juga perasan terdapat bonggol besar pada bahagian tepi kanan tulang rusuk adik Izhar bersaiz lebih kurang 10cm.


Hati ibu mana yang tidak risau, berbagai cara diusahakan demi anaknya. Setelah beberapa minggu, rupanya kanser pada badan adik Izhar telah merebak ke 5 tulang rusuknya hingga ke tulang pinggul.


Terkenang kata-kata doktor. Patut lah doktor beritahu bahawa ketulan tersebut sudah ‘makan’ tulang rusuk kanan adik Izhar. Luluh hati Puan Zuraida memikirkan masa depan anaknya itu. 


RAWATAN TERKINI 


Adik Izhar memulakan sesi kemoterapi di Hospital Sultan Ismail Johor Bahru (HSI) pada bulan Mei lalu. Fizikalnya kini jelas beza berbanding dulu.


Meskipun raut wajah kelihatan tenang namun hakikatnya adik Izhar tidak selesa. Pergerakannya terbatas disebabkan kanser pada tulang rusuk yang menyukarkan adik Izhar untuk bernafas.


Kini keadaan adik Izhar bergantung pada kesan kemoterapi terhadap kanser. Menurut doktor, jika ada maklum balas positif dan sel kanser semakin berkurang, doktor pakar onkologi menasihati adik Izhar untuk menjalani pembedahan membuang sel kanser tersebut. Tambahnya lagi, tulang rusuk adik Izhar juga terpaksa dibuang sekali. 


Anggaran 6 tulang rusuk yang perlu dibuang dan memerlukan tulang rusuk palsu sebagai ganti dimana melibatkan kos ribuan ringgit. RM8,000 untuk setiap tulang. Jumlah kos bagi 6 tulang membuatkan kedua ibu bapanya berfikir panjang untuk membuat keputusan. 


Ayahnya hanya bekerja sebagai kerani, Puan Zuraida pula tidak bekerja. Tanggungan seramai 8 orang. Kos RM51,700 yang diperlukan menemui jalan buntu. 


Tiada pilihan lain, adik Izhar perlu jalani pembedahan untuk menyelamatkan nyawanya.


 Keadaan Izhar sebelum sakit

Posisi tidur Izhar selain tidur baring dan duduk


Sampai bila adik Izhar perlu tidur begini?

Sampai bila adik Izhar perlu tanggung sakit ini?

Sanggupkah anda?


Kami dari MyHeart bekerjasama dengan MyFundAction membuka tabung untuk membiayai keperluan pesakit-pesakit yang kurang berkemampuan seperti keluarga adik Izhar. Kami sangat mengalu-alukan kerjasama dan sokongan anda semua untuk meringankan beban keluarga ini.


Tiada harta yang mampu beli satu nyawa, ia sangat berharga.


Nama: Izhar bin Mohd Rizal

Umur: 15 Tahun

Tempat Tinggal: Johor Bahru, Johor


KEPERLUAN

Kos tulang rusuk palsu (besi) x 6pcs 
Kos Positron Emission Tomography (PET) scan


Allah berfirman:

“Dan barangsiapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, maka seolah-olah dia telah memelihara kehidupan manusia semuanya.”

(QS. Al Maidah: 32)


Disclaimer:

MyHeart dan MyFundAction menceritakan kisah adik Izhar bagi menjayakan Tabung Kanser buat pesakit-pesakit sepertinya. Hasil kutipan tersebut akan diberikan mengikut keperluan adik Izhar dan lebihan akan diberikan kepada pesakit lain yang memerlukan. Boleh ikuti perkembangan pesakit di Facebook @MyHeartVolunteers


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
TABUNG MYHEART RM 500
TABUNG MYHEART RM 200
TABUNG MYHEART RM 100
TABUNG MYHEART RM 50
TABUNG MYHEART SERENDAH RM 30
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


Maklumat Organisasi

MyFundAction
info@myfundaction.org
+60162341090