Hidup Berubah Selepas Hidap Kanser Limfoma
“Saya ada kanser? Macam tak percaya.”


Kehidupan Nusratina Saad, 33, berubah sekelip mata sejak disahkan menghidap kanser limfoma 3 tahun lalu.

Pada mulanya, doktor memberitahu dia mempunyai jangkitan pada saluran kencing tapi masih sakit walau dah makan ubat sehingga habis.

Keadaan Nusratina bukannya bertambah baik malah bertambah sakit di bahagian perut dan sakitnya seperti sakit contraction.

“Sakit dia tu memang macam sakit nak bersalin. Sakit sangat!”

Bila diperiksa doktor pakar sakit puan, bahagian rahim, ovari dan serviks normal.



Simptom yang Nusratina alami seperti turut berat badan mendadak, kurang selera makan, kerap demam pada waktu malam dan badan kuat berpeluh makin menjadi-jadi.

Tak dapat diungkap dengan kata-kata bila doktor memaklumkan yang Nusratina sebenarnya menghidap kanser limfoma selepas menjumpai sel kanser di bahagian lehernya.

“Saya ada kanser? Otak saya blank waktu tu. Tak boleh fikir apa-apa.”

Kami difahamkan, dalam perutnya, ada kelenjar limfa yang telah membesar hingga 19cm yang menyebabkan Nusratina sakit perut berpanjangan.

Selepas Nusratina menjalani rawatan kimoterapi pada tahun 2019, ia menunjukkan kesan yang positif. Sel kanser dah tak aktif dalam badannya. Alhamdulillah!




Ku Sangka Panas Sampai Ke Petang Rupanya Hujan Di Tengahari…’



Pada pertengahan tahun 2022, Nusratina terasa bengkak di bahagian mukanya. Selepas seminggu, bengkak itu hilang dan kemudian muncul di bahagian pipi. Tak lama lepas itu, timbul pula di bahagian dahi.

“Doktor detect, kanser saya serang saya balik. Saya ingatkan saya dah bebas kanser, rupanya Tuhan masih sayangkan saya dengan diberi ujian.”

Untuk rawatan lanjut, doktor syorkan Nusratina untuk menjalani cell stem transplant untuk merawat sel kanser yang berbaki di badannya.




Jom warga jiwa baik!

Kita bantu kurangkan beban yang Nusratina tanggung boleh?


Tabung MyHeart RM500
Tabung MyHeart RM200
Tabung MyHeart RM100
Tabung MyHeart RM50
Tabung MyHeart RM30

Semoga dengan perkongsian yang anda beri dapat mengukir kembali senyuman terhadap keluarga ini.




Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
TABUNG MYHEART RM 500
Lampin (RM2,500) RM30/beg
Susu khas (RM1,200+-) RM50/tin
Kerusi Roda Khas (RM1,500+-) RM100/bahagian
Kos Rawatan (1,800+-) RM150/bahagian
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


Maklumat Organisasi

MyFundAction
info@myfundaction.org
+60162341090