PEMBEDAHAN KE-3 TERPAKSA DITUNDA, NYAWA ADIK KIRIS DALAM BAHAYA



Siapa sangka wajah yang kelihatan ceria ini sedang menderita penyakit jantung berlubang.

 

Sudah 4 tahun adik Kiris menahan rasa sakit yang bukan alang-alang. Bermula dari beberapa hari selepas lahir, tubuhnya lemah. Adik Kiris mengalami demam dan penyakit kuning, terus dirawat di hospital.


Seminggu kemudian, adik Kiris kerap sesak nafas apabila bermain. Muka dan jarinya menjadi gelap kebiruan jika terlalu aktif. Semua rasa sakit yang dialami membuat dirinya kurang menyusu sehingga berat badannya menurun.



 

“Jarum suntik berkali-kali menusuk tubuh kecilnya, saya tak kuat dengar anak saya menangis” – ujar ibunya, Puan Nurisa.


Adik Kiris disahkan menghidap penyakit jantung jenis Tetralogy of Fallot (TOF). Hospital ibarat rumah kedua, hari-harinya dihabiskan di hospital. Dalam masa beberapa bulan, adik Kiris dirawat di tiga buah hospital di Sabah. 


Pada bulan Ogos 2017, debaran memuncak apabila adik Kiris menjalani pembedahan pertama bagi membetulkan tiub saluran jantung. Menurut doktor, adik Kiris perlu menjalani beberapa siri pembedahan supaya tidak membahayakan nyawanya.


Hati ibu mana yang tidak risau memikirkan keadaan anaknya berkali-kali menjalani pembedahan. Ketika memasuki umur 2 tahun, adik Kiris menjalani pembedahan seterusnya bagi membetulkan injap jantung di Institut Jantung Negara (IJN). 


 

Kini apabila usianya sudah mencecah 4 tahun, adik Kiris perlu menjalani pembedahan sekali lagi bagi merawat jantungnya. Jika tidak, adik Kiris berisiko terbantut tumbesarannya untuk jangka masa yang panjang. 


RAWATAN YANG DIPERLUKAN


1) Rawatan susulan di Hospital Queen Elizabeth 2 sebanyak 3 bulan sekali

2) Rawatan susulan di Hospital Lotong sebanyak 3 kali sebulan


Berulang alik ke hospital sudah cukup berat buat ibu bapanya, ditambah pula kos pembedahan yang menelan sehingga RM80,000. Ayahnya bekerja sendiri dengan menanam padi ubi manakala ibunya pula surirumah.


“Saya nak dia sihat dan membesar macam adik-beradiknya yang lain” , luah Puan Nurisa. Itu lah harapan seorang ibu untuk melihat anaknya membesar sihat.


Kami dari MyHeart bekerjasama dengan MyFundAction membuka tabung untuk membiayai keperluan pesakit-pesakit jantung yang kurang berkemampuan seperti keluarga adik Kiris.


Kami sangat mengalu-alukan kerjasama dan sokongan anda semua untuk meringankan beban keluarga ini.


Tiada harta yang mampu beli satu nyawa, ia sangat berharga. Semoga usaha ini dapat menguatkan semangat adik Kiris untuk terus melawan penyakitnya. 


Nama: Kiris Supana

Umur: 4 Tahun

Nama Penyakit: Tetralogy of Fallot

Tempat Tinggal: Lotong, Sabah


MAKLUMAT PEMBEDAHAN 

Kos: RM80,000

Tarikh: 22 Oktober 2021 (ditunda)

**Anggaran tarikh baru bulan Disember

Tempat: Hospital Gleneagles Kuala Lumpur


Disclaimer:

MyHeart dan MyFundAction menceritakan kisah adik Kiris bagi menjayakan Tabung Jantung buat pesakit-pesakit sepertinya. Hasil kutipan tersebut akan diberikan mengikut keperluan adik Kiris dan lebihan akan diberikan kepada pesakit lain yang memerlukan. Boleh ikuti perkembangan pesakit di Facebook @MyHeartVolunteers


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
MyHeart Fund RM500
MyHeart Fund RM200
MyHeart Fund RM100
MyHeart Fund RM50
MyHeart Fund RM30
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


Maklumat Organisasi

MyFundAction
info@myfundaction.org
+60162341090