[MENDERITA PENYAKIT, BAYI BERJUANG HIDUP TANPA ADIK KEMBARNYA]



Kata orang, memiliki anak kembar merupakan detik terindah. Kelahiran seorang anak sahaja sudah cukup buat pasangan suami isteri bahagia apatah lagi jika kelahiran anak kembar.


Sama seperti Lai Poh Onn dan Phang Chin Yuen, gembira ketika mengetahui mereka bakal menimang sepasang anak kembar. Lebih-lebih lagi penantian mereka ini selepas beberapa tahun berkahwin.


Siapa sangka kegembiraan mereka bagaikan direntap apabila usia kandungan masuk minggu ke-24. Puan Phang tumpah darah lalu terus dibawa ke Hospital Tunku Ja’afar Seremban (HTJ). Ketika itu doktor mengesyaki ada jangkitan kuman di dalam rahim kerana bacaan darah putih tinggi.


Puan Phang dinasihatkan untuk bersalin segera. Apa lagi pilihan yang ada selain bersetuju dengan keputusan itu. Debaran memuncak, baby Oswald dan kembarnya dilahirkan secara normal pada Februari tahun lalu dengan berat masing-masing 500g.


Setelah lahir, mereka dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) kerana mempunyai masalah paru-paru kronik akibat komplikasi kelahiran pramatang.


Keadaan kedua-duanya benar-benar mengganggu emosi ibu bapanya. Tidak lama kemudian, kembar Oswald meninggal dunia kerana masalah jantung dan paru-parunya yang terlalu lemah.


Baby Oswald pula dirawat di ICU sehingga umurnya 4 bulan. Setelah itu dipindahkan ke Wad Kebergantungan Tinggi (HDW) dan kemudiannya dimasukkan ke wad biasa pada Disember 2020.


Lebih memilukan, sepanjang berada di wad, baby Oswald bergantung sepenuhnya pada mesin tekanan udara (CPAP) bagi mengelakkan berlaku tekanan darah tinggi di paru-paru yang boleh membahayakannya.


Dugaan datang bertimpa-timpa, baby Oswald didiagnos Gastroesophageal Reflux Disease (GERD) dimana gangguan pencernaan yang berlaku apabila asid dalam perut naik ke esofagus.


Baby Oswald tidak seperti bayi lain yang minum susu menggunakan botol, baby Oswald terpaksa minum susu menggunakan ryles tube kerana risau susu akan termasuk ke paru-paru jika minum macam biasa.



Bayangkan di usianya yang masih sangat kecil hanya ditemani wayar dan tiub. Pilu melihat keadaannya kerana sehingga kini baby Oswald bergantung pada bantuan mesin. Bukan itu sahaja, susu khas yang diminum juga perlu menggunakan peralatan pam makanan. 


Keperluan baby Oswald yang berkos tinggi membuatkan ibu bapanya buntu. Belum lagi ditambah dengan kos perbelanjaan yang lain. Isi rumah seramai 6 orang termasuk atuk dan nenek baby Oswald. Baby Oswald juga mempunyai abang tiri ‘istimewa’ berusia 14 tahun.


Sebelum ini ayahnya bekerja kontrak di Singapura namun disebabkan Covid-19, semuanya berubah. Beliau tidak lagi dapat bekerja sedangkan isterinya pula hanya surirumah. Encik Lai menanggung keluarga dengan pinjaman dari keluarganya, mereka sangat terkesan dengan keadaan kini.


Kami dari MyHeart bekerjasama dengan MyFundAction membuka tabung untuk membiayai keperluan pesakit-pesakit yang kurang berkemampuan seperti keluarga baby Oswald. Kami sangat mengalu-alukan kerjasama dan sokongan anda semua untuk meringankan beban keluarga ini.


Mari bersama kami penuhi keperluan baby Oswald. Hasil kebersamaan yang anda kongsikan dapat memberi kekuatan kepada ibu bapanya untuk melihat baby Oswald terus berjuang walaupun tanpa adik kembarnya di sisi.


Tiada harta yang mampu beli satu nyawa, ia sangat berharga.



Nama: Oswald Lai Xu Le

Tarikh Lahir: 7 Februari 2020

Nama bapa: Lai Poh Onn

Nama ibu: Phang Chin Yuen

Tempat Tinggal: Port Dickson, Negeri Sembilan


KEPERLUAN

RM6,000

1) Enteral Feeding Pump

2) Feeding Bag (50pcs sekotak)

- 1 beg untuk 2 hari


Disclaimer:

MyHeart dan MyFundAction menceritakan kisah baby Oswald bagi menjayakan Tabung Alatan Perubatan buat pesakit-pesakit sepertinya. Hasil kutipan tersebut akan diberikan mengikut keperluan baby Oswald dan lebihan akan diberikan kepada pesakit lain yang memerlukan. Boleh ikuti perkembangan pesakit di Facebook @MyHeartVolunteers



Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
TABUNG MYHEART RM 500
TABUNG MYHEART RM 200
TABUNG MYHEART RM 100
TABUNG MYHEART RM 50
TABUNG MYHEART SERENDAH RM 30
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


Maklumat Organisasi

MyFundAction
info@myfundaction.org
+60162341090