MENDERITA MASALAH USUS, KINI HIDUP DENGAN BAKI USUS SEPANJANG 30CM


Safiya tenat, mungkin tak boleh bertahan. Kena bersedia untuk sebarang kemungkinan


Itulah yang diberitahu oleh doktor kepada Puan Aisha sewaktu kadar denyutan nadi anaknya tidak stabil. Peluang untuk baby Safiya hidup adalah 50-50.


Sungguh, baby Safiya sangat kuat. Siapa sangka di usia yang masih kecil dapat bertahan sehingga ke hari ini.


Jika dilihat dari wajah comelnya, tampak seperti seorang bayi yang sihat tetapi belum genap setahun usianya, baby Safiya telah menjalani empat pembedahan.


Bayangkan penderitaan dan kesakitan yang dialami ketika menjalani pelbagai prosedur selama berbulan-bulan.




 

Bermula dari awal kelahiran, baby Safiya mengalami berak berdarah. 2 minggu di tahan wad, kemudian dimasukkan ke NICU di Hospital Tunku Azizah. Seluruh organ dalam badannya sudah kecut.


Pilu hati seorang ibu melihat anak yang dikandung menanggung sakit. Baby Safiya menderita jangkitan usus yang serius sehingga sebahagian besar usus kecilnya terpaksa dibuang kerana telah mati.


Kini hidup dengan usus sepanjang 30cm sahaja.




 

Baby Safiya perlu bergantung kepada pemberian nutrisi secara parenteral dan enteral kerana baki usus kecil itu tidak dapat menyerap semua nutrisi yang diperlukan untuk tumbesaran baby Safiya.


Namun harga mesin-mesin yang diperlukan mencecah ribuan ringgit.


Kalau ada mesin terpakai pun tak apa” – Puan Aisha


Apa sahaja sanggup dilakukan demi kesihatan anaknya. Kos rawatan dan keperluan baby Safiya benar-benar menemukan jalan buntu.


Puan Aisha hanya suri rumah dan suaminya, Encik Syamil pula bekerja sebagai maintenance penghawa dingin yang berpendapatan tidak menentu.           


Kami dari MyHeart bekerjasama dengan MyFundAction membuka tabung untuk membiayai keperluan pesakit-pesakit yang kurang berkemampuan seperti keluarga baby Safiya.


Kami sangat mengalu-alukan kerjasama dan sokongan anda semua untuk meringankan beban keluarga ini.


Tiada harta yang mampu beli satu nyawa, ia sangat berharga. Semoga usaha ini dapat menguatkan semangat baby Safiya untuk terus melawan penyakitnya.


Nama: Nur Safiya Binti Muhd Syamil Afiq

Umur: 8 bulan

Nama Penyakit: Extensive Small Bowel Syndrome

Nama Bapa: Muhd Syamil Afiq

Nama Ibu: Aisha

Tempat Tinggal: Seri Kembangan, Selangor


KEPERLUAN

Jumlah = RM16,000

1)     Infusion Pump

2)     Feeding Pump

3)     Drip stand

4)     Susu formula Similac x 12 tin

5)     Beg susu x 30 unit (3 kali)

6)     Dressing trolley (stainless steel)

7)     Keperluan dressing

8)     Lampin pakai buang x 12 bungkus

9)     Kos rawatan di hospital


Disclaimer:

MyHeart dan MyFundAction menceritakan kisah baby Safiya bagi menjayakan Tabung Alatan Perubatan buat pesakit-pesakit sepertinya. Hasil kutipan tersebut akan diberikan mengikut keperluan baby Safiya dan lebihan akan diberikan kepada pesakit lain yang memerlukan. Boleh ikuti perkembangan pesakit di Facebook @MyHeartVolunteers


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
MyHeart Fund RM500
MyHeart Fund RM200
MyHeart Fund RM100
MyHeart Fund RM50
MyHeart Fund RM30
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


Maklumat Organisasi

MyFundAction
info@myfundaction.org
+60162341090