BAYI MENDERITA MASALAH PARU-PARU KRONIK, BERGANTUNG MESIN OKSIGEN 24 JAM
Baru berusia 1 tahun sudah menanggung kesakitan. Menghidap masalah paru-paru tahap kronik, diuji pula GERD.
Oswald Lai Xu Le dilahirkan kembar secara normal pada usia kandungan 24 minggu, terus dimasukkan ke NICU setelah lahir. Setahun berada di hospital, wad silih berganti akibat keadaannya yang tidak menentu.
Sepanjang berada di wad, baby Oswald bergantung sepenuhnya pada mesin tekanan udara (CPAP). Hakikatnya sehingga kini masih memerlukan mesin untuk bernafas.
“Saya tak sanggup kehilangan seorang lagi anak saya”
Hati ibu mana yang tidak resah melihat anaknya terbaring di katil bertemankan wayar dan tiub. Baby Oswald satu-satunya harapan yang mereka ada setelah kembar Oswald meninggal dunia.
Baby Oswald tidak seperti bayi lain yang minum susu menggunakan botol. Baby Oswald terpaksa minum susu menggunakan 'feeding pump' kerana risau susu akan termasuk ke paru-parunya.
Bayangkan keadaan bayi minum susu dua jam sekali melalui tiub…
KEPERLUAN
RM6,000
1) Enteral Feeding Pump
2) Feeding Bag (50pcs sekotak)
- 1 beg untuk 2 hari
Keperluan baby Oswald yang berkos tinggi membuatkan ibu bapanya buntu. Belum lagi ditambah dengan kos perbelanjaan yang lain. Isi rumah seramai 6 orang termasuk atuk dan nenek baby Oswald. Baby Oswald juga mempunyai abang tiri ‘istimewa’ berusia 14 tahun.
Kami dari MyHeart bekerjasama dengan MyFundAction membuka tabung untuk membiayai keperluan pesakit-pesakit yang kurang berkemampuan seperti keluarga baby Oswald.
Kami sangat mengalu-alukan kerjasama dan sokongan anda semua untuk meringankan beban keluarga ini.
Mari bersama kami penuhi keperluan baby Oswald. Hasil kebersamaan yang anda kongsikan dapat memberi kekuatan kepada ibu bapanya untuk melihat baby Oswald terus berjuang.
Tiada harta yang mampu beli satu nyawa, ia sangat berharga.
MAKLUMAT PESAKIT
Nama: Oswald Lai Xu Le
Tarikh Lahir: 7 Februari 2020
Nama bapa: Lai Poh Onn
Nama ibu: Phang Chin Yuen
Tempat Tinggal: Port Dickson, Negeri Sembilan
Disclaimer:
MyHeart dan MyFundAction menceritakan kisah baby Oswald bagi menjayakan Tabung Alatan Perubatan buat pesakit-pesakit sepertinya. Hasil kutipan tersebut akan diberikan mengikut keperluan baby Oswald dan lebihan akan diberikan kepada pesakit lain yang memerlukan. Boleh ikuti perkembangan pesakit di Facebook @MyHeartVolunteers