Peduli Yaman
"Ilias mungkin cacat seumur hidup"
Siapa saja yang tak tahu keadaan di Yaman. Ramai yang serba maklum. Kesusahan mereka, penderitaan mereka. Kanak-kanak kekurangan zat makanan dan berisiko untuk mati. Bilangannya bukan sikit tetapi ratusan ribu.
MyFundAction kongsikan kisah bayi bernama Ilias yang menderita akibat malnutrisi. Disebabkan itu, tulang Adik Ilias sangat lembut dan mudah patah. Luah si ayah, Yunus ketika ditanya berkenaan Ilias ;
"Ayah mana yang bole terima bila dapat tahu anaknya sendiri akan cacat. Saya kesal dengan diri sendiri sebab tak dapat berikan makanan berkhasiat untuk keluarga saya" - luahnya sayu
Ayah Ilias, Yunus hanya mampu bergantung harap kepada upahnya sebagai pengumpul batu lumpur sahaja untuk menyara keluarganya. Tapi itu pun masih belum cukup.
"Kamu tahukan Yaman macam mana? Kami sekeluarga tak dapat makan yang cukup. Susu badan juga ibu Ilias semakin kering sebab tak makan."
Disebabkan terbeban dengan masalah kewangan, Ayah Ilias tidak dapat belikan susu formula buat anaknya. Adik Ilias tidak seperti kanak-kanak yang lain. Pergerakkannya sangat perlahan dan terhad.

Menurut doktor, badan Ilias kekurangan zat, tulang rapuh dan perlukan susu formula berkhasiat segera.
Sayu kan kisah seorang ayah yang begitu tabah membesarkan anaknya. Sesungguhnya tiada harapan yang lagi besar bagi seorang bapa melainkan melihat anaknya sihat dan bahagia.
Yaman, Belum Aman...
Ayuh Jiwa Baik semua, kita bersama-sama kirimkan hadiah kegembiraan buat mereka di Yaman.
Mungkin dengan sokongan anda semua ini, dapat juga mereka keluar daripada penderitaan ini.